Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Selasa, 17 September 2013

Terapi Rendaman Energy - TRE

Terapi Rendaman Energy - TRE


Terapi Rendaman Energy - TRE dikatakan sebagai terma terkini yang begitu bersantai dengan menggunakan kaedah teraputik rendaman ais berkonsepkan bio-quantum untuk rawatan kesihatan dan kecantikkan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2010. Sejak diawal penubuhannya hingga hari ini RTE telah berjaya merawat ramai pesakit di seluruh Malaysia.

Terapi Rendaman Energy - TRE diperkenalkan bagi tujuan ‘wellness’ atau penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Ia bukan semata-mata dapat dimanfaatkan untuk perawatan pencegahan, kesegaran dan kecantikan namun lebih utama bertujuan untuk rawatan kepada penyakit akut mahupun kronik. Bentuk kaedah rawatan yang dapat dilalui secara bersantai, ringkas, cepat, efektif, selamat tidak menyakitkan dan ekonomik. Kewujudannya telah memberi impak besar khusunya dalam industri perubatan selain dapat memenuhi keperluan pasaran apabila mampu mengisi kekangan kepada masalah kos perubatan moden yang melibatkan operasi pembedahan dan pembuangan organ, prosedur rawatan yang menyakitkan serta kesan sampingan daripada pergantungan pada preskripsi yang berpanjangan.

Terapi Rendaman Energy - TRE merupakan suatu kaedah rawatan yang menggunakan air yang dirawat iaitu air hidrogen oksigen dan ais sebagai medium rawatan. Terapi Rendaman Energy - TRE dipertingkatkan teknologinya dengan menggunakan teknologi eletron yang mengaplikasikan sistem energi medan magnetik point zero energi dengan memerangkap tenaga bunga melalui medium pati bunga Aroma Sifar dan Formula Vitto serta penggunaan beberapa bahan-bahan unik yang digabungjalinkan. Umpamanya, natrium-klodrida/garam, hydronatrium (NaHCO3), kapur/slaked lime/calcium hydroxide dan sulfur.

Bahan-bahan tersebut sebagai asas medium rawatan amat berkesan untuk rangsangan tindak balas dengan pengaruh alam sekitar. Penggunaan bahan semulajadi sebagai medium asas dalam rawatan hanya akan memberi kesan atau riaksi kepada unsur-unsur tenaga yang berada di dalam tubuh kita yang berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Terapi yang tidak menggunakan bahan asas semulajadi seringkali tidak menjaminkan penyembuhan kerana matlamat sebenarnya hanyalah untuk kelegaan yang bersifat sementara. Hanya medium asas semulajadi jika digunakan secara tepat dan melalui pembuktian secara saintifik akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Terapi Rendaman Energy - TRE telah diinovasi dengan suntikkan teknologi mengikut kesesuaian konsep rawatan bertujuan dapat memberi kesan yang lebih baik dan efektif dalam terapi ini.

EVIDENCE BASED TERKINI gabungan unik beberapa elemen-elemen bahan utama perawatan:
  • Formula aromaterapi Aroma Sifar diformulasikan dari gabungan beberapa jenis pati bunga asli melalui teknologi getaran atau elektron. Pati bunga digunakan adalah berdasarkan terdapatnya fenomena senyawa kimia dalam proses pembiakanya. Keadaan ini menyebabkan ianya memiliki zat-zat hidup yang boleh digunakan dalam terapi yang bersifat semulajadi. Pati bunga Aroma Sifar terdiri daripada komposisi molekul-molekul atom pati bunga yang bersifat semulajadi dirumuskan menjadi lebih halus dan aktif melebihi teknologi nano. Teknologi nano yang dihasilkan sebenarnya tidak mampu bersaing mencipta keunikkan molekul-molekul aktif pati bunga yang lebih bersifat alamaiah atau semula jadi. Zat pati bunga atau senyawa kimia seperti pati bunga ros sahaja telah memiliki beratus-ratus senyawa kimia atau zat yang aktif yang tak munkin terdapat dalam sebarang jenis unsur yang seumpamanya. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi organ dapat dirangsang semula kekuatan bio-quantum energi organ yang bermasalah walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser
  • . Mandian dengan pati bunga Seri Wajah pula akan menjana semula meridian atau jaluran energi untuk melancarkan isyarat elektrik atau kominuikasi sistem tubuh atau komunikasi tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf. Pati bunga Aroma Sifar menumpukan kepada faktor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem immune dan antibodi untuk merembeskan hormon, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau mengandungi keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar racun menjadi bahan potensi yang memiliki daya bio-quantum bagi keperluan rohani seseorang yang akan memberi kesan kepada fizikalnya secara efektif. Selain itu pati bunga Aroma Sifar turut berfungsi sebagai:

    • Telah diberi rakaman gelombang dalam frekuensi yang tertentu dalam ukuran spektrum warna cahjaya pelangi mampu merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual, sistem imun, melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut, telinga, mata dan hidung.
    • Bersifat oksidasi yang sangat kuat dan sangat efektif untuk kerja-kerja disinfektif (membunuh kuman) detoksifikasi (meneutralkan zat beracun) dan deodoransi (menghilangkan bau busuk) dalam air dan udara.
    • Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada aromaterapi ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
    • Minyak pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan riaksi spektrum (molekul struktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.
    • Menyimpan kesan-kesan bunyi (gema) yang stabil.
    • Cepat mengesan gema (niat) seperti doa untuk menambah kesan penyembuhan dalam rawatan.
  • Formula Vitto dalam frekuensi tulang sebagai medium penghantar energi yang paling efektif pada reseptor lidah melalui sukros sebagai medium pembawa frekuensi yang dirakam di dalamnya. Menjalankan fungsi dengan menghantar isyarat atau impuls melalui neuron neurin ke otak untuk dianalisa sebelum dihantar semula ke tulang. Formula Vitto telah dipertenagakan menurut konsep warna melalui kelajuan cahaya dan getaran bunyi dalam formasi gelombang audio berfrekuensi rendah yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang telah mengalami kepincangan atau ketidakseimbangan. Secara istilahnya, ia bukanlah penawar, kerana penawar semula jadi sebenarnya telah sedia ada di dalam tubuh setiap individu itu sendiri yang merupakan racun atau toksin yang telah lama terpendam dan terbeban di dalam organ hati.

  • Air sahaja yang mampu menyusun bunyi (gema) dalam badan manusia. Oleh itu air biasa telah dirawat semula menghasilkan air ion hidrogen dan oksigen bersifat alkali dengan kekuatan penyahtoksid hingga ke tahap plasma, mengaktifkan pengoksidaan dengan mengurai bahan kimia atau toksid dalam tubuh yang banyak terperangkap pada memori kulit. Air yang diaktifkan dengan ion hidrogen-oksigen bersifat stabil dan diketahui berupa radiasi spektrum cahaya dengan kuantum energi diskrit dengan osilasi partikel bermuatan dalam suatu medan magnet yang disebut proton. Air yang mengandungi ion hidrogen dan oksigen juga berfungsi mensterilkan kuman pada suhu air sejuk. Kelebihan menggunakan air yang telah dirawat dengan ion hidrogen dan oksigen adalah lebih efektif untuk proses penyahtoksid yang terpendam di dalam tubuh yang menjadi punca kepada berbagai gejala penyakit. Selain memiliki elektrolit cas-cas negatif serta tinggi kadar oksigen. Maka sangat tepat jika rawatan menggunakan kuasa air (hidrigen) lebih praktikal dalam menyusun semula tahap-tahap energi secara lebih harmoni pada seluruh tubuh.

  • Garam kasar/Natrium chlorida dengan kombinasi ais akan mengaktifkan kekuatan kepada energi tulang. Kombinasi gabungan garam menjadikan bahan antara yang lebih berionik. Garam dapat dilihat berbentuk kristal akan membiaskan cahaya menjadi ultra violet secara semula jadi yang akan memusnahkan gelombang-gelombang infra red. Merangsang proses pemanasan darah secara langsung membantu memanaskan tubuh di dalam air dan menambahkan oksigen dalam darah. Mencairkan darah yang beku. Mempercepatkan proses tindakbalas ke dalam tubuh melalui aliran darah hingga ke tahap tulang sum-sum dalam mandian ½ jam. Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air semasa proses rawatan berlangsung. Mengeluarkan gas dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam aliran darah. Memecahkan gula yang terperangkap di dalam aliran darah. Garam juga berfungsi sebagai pengalir atau elektrolit cas-cas negatif yang cekap di dalam air. Garam yang bertindakbalas dengan air akan lebih menstabilkan suhu tubuh (Homeostasis). Garam juga sebagai pembasmi kuman, bakteria dan meneutralkan air yang tinggi kandungan klorin.

  • HydroNatrium (NaHCO3) akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan dalam air rendaman seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya. Ia turut bertindak sebagai pemangkin pada tindakbalas oksidasi air yang lebih berkesan untuk meneutralkan kulit. Kesannya dapat dilihat pada air rendaman mengikut tahap dan klasifikasi penyakit yang dihidapi.

  • Kapur/slaked lime/calcium hydroxide bersifat panas dan bertindak mempercepatkan ais menjadi cair. Disamping meningkatkan suhu di dalam darah. Membina semula kekuatan jisim tulang dan merendahkan suhu di dalam tulang. Tulang dan kapur satu kombinasi yang sama adalah rahsia kapur. Tulang yang sihat akan merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Gabungan kapur dan garam akan berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam tubuh. Tulang yang sihat berada dalam keadaan suhu yang rendah dan suhu darah lebih tinggi dari suhu tulang.

  • Sulfur sebagai bahan detoks untuk meneutralkan toksid atau racun-racun berbisa di dalam tubuh, seperti bisa-bisa yang terpendam di dalam hati atau hempedu dan kesannya dapat dilihat tindakbalas air rendaman rawatan bertukar menjadi kuning. Sulfur turut bertindak sebagai bahan mengurai dan merangsang kerja-kerja enzim pada sistem penghadaman.

  • Tea-tree oil berfungsi sebagai anti-septic untuk melemahkan kuman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan