Mekanisma Kerja Terapi Ais
Rasional penggunaan ais di dalam terapi ini ialah sifat-sifat yang dimiliki amat memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang dirakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mencari sasaran atau kawasan berpenyakit sebelum mengharmonikannya.
RTE telah mengemukakan beberapa fakta-fakta yang mengagumkan tentang ais :
Evidence based :
- 4 dasar ais berperanan membantu proses penyembuhan iaitu:
- Kuasa menyerap (oksigen)
- Kuasa tekanan semula jadi hingga ke sel
- Kuasa merakam / menyimpan
- Kuasa meleraikan / peneutral – hidrogen -(tukarkan penyakit kepada karbon dioksida)
- Tubuh manusia adalah kesatuan atom yang lengkap, bila direndam dalam ais, tekanan ais akan menolak atau tidak membenarkan unsur-unsur berat (jisim berat) menyerap masuk ke dalam kulit tetapi jika mandi air suam ia akan berlaku sebaliknya
- Air sejuk (air dan ais) adalah perakam yang paling tepat untuk menghantar isyarat gelombang dengan cekap ke bahagian yang disasarkan
- Air sejuk dapat merakamkan semula segala bentuk tenaga asal dalam frekuensi yang rendah ke dalam sel-sel tubuh sebagai pembinaan semula jisim secara teratur, sama dan berterusan
- Ais menjadi bahan perencat kepada kecederaan akut
- Ais cepat mengesan gema walaupun dalam frekuensi yang paling tinggi atau rendah ia tetap mampu mengesan (1-7 Hz). Manakala air suam tiada tekanan
- Ais memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang di rakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mengharmonikannya. Air yang sejuk dapat mengembalikan memori pada sistem kederiaan kulit
- Ais sebenarnya bersifat panas apabila bertindakbalas ke dalam darah
- Ais adalah bahan yang boleh menggerakkan aliran darah dan sistem limfatik di dalam tubuh dengan begitu cekap melalui teori tekanan. Sel-sel tubuh yang tidak aktif dapat digetarkan semula dengan begitu pantas
- Ais apabila digunakan secara berulang-ulang dengan konsisten mampu merencat segala bentuk kerja-kerja sel, virus, kulat, bakteria atau mikroorganisma yang menghasilkan getaran tenaga yang tidak seimbang di dalam tubuh
- Ais mempunyai getaran tenaga yang begitu aktif dan berupaya memberikan tekanan ke dalam tubuh untuk meneutralkan kawasan tekanan rendah di dalam tubuh yang dipenuhi berbagai gas yang melemaskan sel-sel tubuh
- Zat-zat di dalam darah dapat diserap masuk secara larutan ke dalam sel-sel tubuh
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai sebagai sistem penghantar tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh
- Rawatan menggunakan ais tidak menimbulkan iritasi atau keradangan kepada tubuh
- Dapat membebaskan suhu panas dari dasar tubuh dan dengan cepat dapat mempertahankan semula suhu asal tubuh secara normal
- Efektif menyimpan energi yang baik di dalam tubuh yang telah terurai dan mudah mengubahnya semula di mana zat dalam bentuk bebanan keracunan akan menjadi cair atau diwapkan ataupun menjadi zat padat
- Sifat ais yang bertekanan dapat menyerap dan menyah radiasi buruk di dalam tubuh
- Sifat ais mempunyai kombinasi elemen-elemen 90 peratus hidrogen dan 10 peratus oksigen
- Ais sangat fleksibel dan mudah dikonsumsi untuk menjangkau hampir ke seluruh permukaan dan dalaman hingga ke dasar tubuh
- Ais meningkatkan kadar kelajuan frekuensi bunyi berkali-kali ganda untuk menukar potensi tenaga
- Ais mampu berinteraksi dengan kulit dan bulu roma yang bertindak sebagai antena yang paling sensitif untuk rangsangan sistem kederiaan
- Ais akan memaksa otot bekerja dengan lebih efektif dan menguja semula mana-mana bahagian otot yang malas atau yang telah pasif
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang kesedaran seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan
- Air sejuk akan menguatkan jisim tulang
- Komposisi struktur molekul atom air sejuk lebih stabil
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang yang bersamaan dengan frekuensi sel-sel tulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan