Bekam merupakan terjemahan dari perkataan Hijamah yang berasal dari perkataan al-Hajmu, yang bermaksud pekerjaan membekam. Al-Hijmu
bermaksud menghisap atau menyedut. Maka istilah Hijamah atau berekam
dapat diertikan sebagai satu tindakan penghisapan (penyedutan) darah
dengan alat yang menyerupai tabung serta mengeluarkannya dari permukaan
kulit dengan proses penyedutan yang kemudiannya ditampung dalam gelas.
.
.
SEJARAH BEKAM
_________________________________________________________________________________
Bekam sudah bermula sejak zaman Nabi Musa
a.s. lagi, namun sejarah bertulis mengenai bekam yang paling awal
dicatatkan adalah di dalam buku Ebers Papirus, salah sebuah buku sejarah
tertua di dunia. Ia menyatakan bahawa amalan bekam telah bermula sejak
1500 Tahun Sebelum Masihi lagi, dalam kalangan rakyat Mesir ketika itu.
Bekam di Eropah dan Timur Tengah
berkembang dari pengamalan Perubatan Humoral, iaitu sistem perubatan
Yunani Kuno yang berkonsep mengembalikan keseimbangan badan melalui
empat cecair utama dalam tubuh iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan
hempedu hitam. Sistem ini sangat berkembang dalam kebudayaan Eropah dan
Timur Tengah ketika itu.
Menurut perubatan tradisional Cina, bekam ialah kaedah pelaksanaan acupressure
dengan mencipta keadaan vakum pada kulit pesakit. Terapi ini digunakan
untuk menghilangkan stagnasi pada darah dan sistem limfa sehingga
meningkatkan aliran qi untuk mengubati penyakit-penyakit
pernafasan seperti radang paru-paru, pneumonia dan bronkitis. Bekam juga
dilakukan pada punggung, leher, bahu dan keadaan-keadaan musculoskeletal yang lain.
.
.
KAEDAH/ METHOD
_________________________________________________________________________________________________________________
Prosedur bekam lazimnya melibatkan usaha
mencipta satu kawasan kecil udara bertekanan rendah pada kulit. Namun
harini, sudah terdapat banyak cara dan alatan untuk mencapai tujuan
tersebut.
Cawan/ bekas yang hendak digunakan boleh
terdiri dalam sebarang bentuk, termasuk bentuk loceng, dan dalam
sebarang saiz antara 1 inci sehingga 3 inci. Plastik dan kaca adalah
bahan yang paling lazim digunakan hari ini, menggantikan tanduk,
tembikar, gangsa dan buluh yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.
Tekanan udara rendah yang diperlukan
dapat dibentuk dengan memanaskan cawan atau udara di dalamnya dengan api
terbuka, kemudian menempatkan cawan tersebut pada kulit.
Walaubagaimanapun, hari ini telah terdapat pam sedutan mekanikal, yang
bertindak melalui injap yang terletak di bahagian atas cawan.
Pusat Terapi AMH menyediakan perkhidmatan Bekam untuk lelaki dan wanita oleh Jurubekam bertauliah dan di tempat yang selesa dan bersih.
Pusat Terapi AMH menyediakan perkhidmatan Bekam untuk lelaki dan wanita oleh Jurubekam bertauliah dan di tempat yang selesa dan bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan