Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH
Memaparkan catatan dengan label Perubatan Energy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan Energy. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Rawatan Baby songsang dalam kandungan




Kedudukan Bayi Dalam Kandungan






Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Oleh :Fyrol Ikram Othman
Kedudukan bayi dalam kandungan biasanya mula diambil kira apabila kandungan mencapai usia 28 minggu. Ini kerana sebelum usia 28 minggu biasanya bayi masih bebas bergerak dan berpusing.




Pada usia 28 minggu, kedudukan bayi seharusnya pada kedudukan cephalic (kepala bawah), dan sebaik-baiknya kedudukan bayi ialah terlentang.
Ini boleh dikenal pasti melalui kaedah ultrabunyi ataupun melalui pemeriksaan vigina dengan merasa kepala bayi. Sama ada merasa belakang kepala bayi ( vault of skull) atau juga dikenali sebagai occipital atau merasa bahagian dahi iaitu frontal.
Jika kedudukan bayi tidak pada kedudukan cephalic, proses kelahiran adalah sukar dan kadang-kadang tidak boleh dilahirkan secara normal dan memerlukan pembedahan LSCS. Kedudukan yang dimaksudkan ialah songsang(breech), melintang(tranvers) dan oblique cephalic dan breech.



Terdapat beberapa kaedah untuk mengembalikan semula kedudukan bayi ke kedudukan asal. Kaedah paling lazim ialah dengan mengurut. Dalam dunia serba moden dengan kurangnya usaha mewarisi kaedah silam dalam seni urutan melayu khususnya dalam urutan perbidanan, amatlah sukar untuk menjumpai tukang urut yang benar-benar mahir dan berkebolehan.
Selain itu kaedah mengurut juga agak merbahaya kerana kita tidak nampak apa yang berlaku dalam kandungan, dikuatiri dengan mengurut bayi dalam kandungan akan menyebabakan leher terbelit tali pusat kerana urutan boleh ditafsirkan juga sebagai menggerakan bayi secara paksa.


Kaedah RTE

RTE menggunakan kaedah tenaga. Kaedah ini adalah selamat dan berkesan. Tenaga yang berlebihan tidak akan mengganggu bayi, sebaliknya dialirkan keluar. Tenaga ini dimasukan melalui kaedah gelombang kedalam sukros. Sukros adalah medium terbaik untuk membawa tenaga, tidak toksik dan tidak membahayakan.
RTE mengesyorkan formula V2 dan V16. V2 akan merangsang kelenjar pituitary iaitu kelenjar yang sangat berkait rapat dengan penghasilan hormone kewanitaan dan reproduktif. Manakala V16 membantu merangsang bagi membetulkan segala yang tidak normal berkaitan system reproduktif wanita(ovary&Uterus).




Oleh itu kedudukan bayi yang tidak betul(songsang dan sebagainya) akan diperbetulkan oleh dinding rahim melalui ransangan yang dihasilkan oleh kelenjar pitutari, ovary dan uterus itu sendiri kembali kepada system yang normal.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t



Ini adalah testimoni pesakit saya.
Masalah : Kandungan songsang, doktor rancang untuk caesar, pesakit ni G2P1, kandungan dulu pun ceasar.
Rawatan : V16 dan MKD
Setelah mengambil 2 botol V16, kedudukan baby kembali normal dalam masa 3 hari, ini dibuktikan melalui ujian ultasound, tetapi kepala baby masih belum 'engage', pembedahan tidak jadi dilakukan, temu janji baru dibuat, doktor kemudian cadangkan untuk induce kerana pesakit ingin bersalin normal, doktor khuatir baby besar dan sukarkan bersalin, sekali lagi V16 diambil sebagai 'selusuh' untuk mudahkan bersalin disamping MKD.
Alhamdulillah, dengan izin Allah pesakit ini berjaya bersalin normal walaupun ada pengalaman dibedah pada kandungan pertama.







Ini adalah kes k3 tiga berturut-turut yang diizinkan Allah berjaya dibantu dengan formula perubatan Energy.


Ahad, 16 Mac 2014

Perubatan Tenaga Energy Medicine

Jenis Amalan
 
Jenis Modaliti
Keterangan
Perubatan Komplementari (Perubatan Tenaga)
Dua jenis medan tenaga:
·         Sahih, yang boleh diukur
·         Anggapan, yang tidak dapat diukur
Terapi Getaran Warna
 
 
Terapi getaran warna menggunakan konsep aromaterapi sebagai nutrien untuk otak / minda. Aromaterapi – dikenali 'Nutrisi Penting' akan memberi ketenangan kepada mereka yang menyedutnya. Mawar putih adalah unsur yang paling penting dalam minyak getaran aroma.
 
Perawatan Kristal
 
Perawatan kristal ialah penggunaan kristal untuk penyembuhan dan perubahan positif pada minda dan badan.
 
Reiki
 
Kepercayaan bahawa tenaga akan mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan diletakkan di atas, atau berhampiran dengan penerima, yang berpakaian.
 
Aurametafizik
 
Gabungan tiga jenis ilmu iaitu Aura, Meta, dan Fizik. Aura adalah tenaga gelombang atau frekuensi bioelectromagnetic manakala meta adalah sesuatu yang merentasi jangkaan dan fizik bermaksud asli atau semulajadi. Oleh itu, gabungan ini boleh ditakrifkan sebagai falsafah atau pengetahuan undang-undang alam yang luar biasa atau tidak dijangka yang wujud dalam kehidupan kita.
 
Roaha
Terapi untuk mengoptimumkan pengoksigenan sel dengan air beralkali melalui detoksifikasi dan meningkatkan keimunan badan.
 
Bach Flower
Modaliti ini mengembalikan keseimbangan antara minda dan jasad dengan menghilangkan emosi negatif seperti perasaan takut, kebimbangan, kebencian dan ketidaktegasan yang mengganggu keseimbangan seseorang secara menyeluruh.
Remedi ini mengembalikan keamanan dan kebahagiaan kepada penghidap supaya badan dapat sembuh dengan sendirinya.
 
Fitobiofizik
Penggunaan tenaga daripada bunga dan tumbuh-tumbuhan untuk mengharmonikan dan mengimbangi gangguan kemanusiaan pada semua peringkat kesedaran: Spiritual, Mental, Emosi dan Fizikal.

Rabu, 12 Februari 2014

Pergerakan Ke Kanan


Setiap yang bertenaga akan melakukan pergerakan. Tenaga bergerak mengikut hukum. Hukum asas setiap pegerakan adalah bergerak ke kanan. Semua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil didapati melakukan pergerakan ke kanan. Lakukan apa saja dengan memulakan arah ke kanan. Mulakan sesuatu perbuatan dengan sebelah kanan.

Tenaga tidak terhapus tetapi berubah bentuk, dialirkan dan dipindahkan. Begitulah sifat tenaga yang menyamai tenaga hayat semulajadi manusia sebenarnya begerak arah ke kanan yang tidak akan terhapus. Tetapi menggunakan tenaga yang sudah dipindahkan umpama memakai batu cincin atau berbagai jenis tangkal yang tidak diketahui asal-usul tenaganya adalah patut dielakkan kerana tenaga yang berada oada sandaran itu adalah pergerakan ke kiri yang merendahkan sipemakainya.

Asas Hukum Tenaga Yang Telah Diprktikkan Sejak Terciptanya Alam Dan Kelahiran Manusia

Tenaga kimia daripada tumbuhan, manusia dan haiwan melakukan kerja dan gerakan hukum ke kanan. Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.

Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintesis adalah juga menggunakan prinsip hukum ke kanan iaitu dari konsep luaran ke dalam.

Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.

Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.

Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas. Begitulah semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.
Tangan Kanan
Kekuatan tangan kanan tiada bandingan dengan tangan kiri.

Pergerakan ikut jam sebenarnya bergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh menggagalkan setiap cetusan ilham. Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu.

Tulisan QuranSecara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekelian menusia juga ditulis dari kanan ke kiri.

Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkah kaki kiri.

Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak.
Tawaf
Pergerakan tawaf di kaabah adalah pergerakn dari kanan ke kiri.

Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri.
Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.

Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.

Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.

Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.

Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.

OvumPergerakan ovom juga bergerak ke kanan.

Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik begerak di dalam wayar atau fiber optik berada dalam kitaran ke kanan.

Pantulan semula gelombang ke kanan menghasilkan warna.


Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot elektron mendapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
Matahari dan bulan bergerak mengilingi bumi mengarah ke kanan.

Orbit AtomAtom yang dianggap sebagai satu sistem suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan elektron beredar atau melakukan pergerakan mengikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke akan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya menggambarkan seluruh tubuh manusia).

Putaran puting beliung dan juga putaran air dan juga amat laju kePuting Beliung kanan.

Pergerakan radar dan inframerah dapat mengesan pergerakan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin puting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.
Inframerah

Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.


Magnetic Field
Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.


Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dari arah kanan.


Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang tidak dikehendaki iaitu pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan.

DNA
Imej DNA yang ditunjukkan di dalam warna jelas menunjukkan ia adalah konsep tenaga yang pasti mengikut hukum ke kanan.


Aliran darah di jantungPrinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pegerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan dan balik semula ke kiri.

Cakera Padat
Pemain cakera padat yang menggunakan konsep cahaya dan warna sehingga terhasilnya bunyi juga bergerak ke kanan.


Konsep Jam Arah Ke Kanan

Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.
KEBENARANmengatasiKESILAPAN
KELAJUANmengatasiKELEWATAN
KEMUDAHANmengatasiKEJUTAN
KESTABILANmengatasiKUCAR-KACIR
KEKUATANmengatasiKELEMAHAN
KEUNTUNGANmengatasiKERUGIAN
KEJAYAANmengatasiKEGAGALAN
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif RTE untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Selasa, 11 Februari 2014

Konsep Formula RTE (Perubatan Energy)

 

Semua formula yang dihasilkan oleh RTE tidak diklasifikasikan sebagai ubat. Formula RTE telah dipertenagakan dengan konsep kelajuan cahaya dan gertaran bunyi yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzin dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang mengalami kepincangan.

Ia bukanlah penawar kerana penawar semulajadi sebenarnya telah ada di dalam diri individu itu sendiri di dalam hati.RTE dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjana (menyeimbangkan) semula kerja asas sel melalui aktiviti output dengan menggunakan segala bentuk bebanan keracunan untuk ditukar menjadi tenaga sebagai keperluan asas sel (penawar semulajadi yang bertindak sebagai antidot). RTE memegang teguh prinsip bahawa setiap racun itu adalah penawar. RTE cukup yakin bahawa sel-sel asas tubuh perlu dikembalikan semula getaran bunyi yang menjadi asas kepada keperluan tenaga hayat semulajadi sehingga ke dasar nukleusnya.

RTE menolak konsep taksub kepada bahawa ubat yang dicipta itulah yang menjadi penyebab kepada penyembuhan. Ini akan menimbulkan riak dan taksub kepada seseorang atau individu yang merawat. Kefahaman seumpama ini boleh mendatangkan kelemahan kesucian akidah kepada kepercayaan bahawa Allah lah yang menyembuhkan.

Formula RTE paling natural serta bebas 100% dari bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindak balas kimia atau keracunan.

Tidak menggunakan bahan-bahan daripada binatang atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif sering menimbulkan kesan sampingan yang amat berat. Ini membuatkan RTE mengubah cara dengan meniru frekuensinya sahaja bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan geratan bunyi dalam tubuh manusia. Menggunakan bahan daripada binatang tidak akan terlepas daripada pengaruh karektor bawaan haiwan tersebut.

Ia bergetar atas frekuensi warna yang tertentu untuk membentuk keseimbangan secara serta merta pada bahagian-bahagian yang sakit (tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh.

RTE dengan teknologi memerangkap, meniru dan merakam pelbagai getaran gelombang seperti bunga-bungaan, kristal, buah-buahan dan segala jenis rempah ratus, dirakan dengan 7 jenis minyak pati aroma (essential oil) yang dikenali sebagai Formula Aromatherapy POINT ZERO berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dengan frekuesi tertentu.

RTE dengan teknologi memerangkap tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tenaga yang kecil, tetap dan konsisten sehingga sukar diukur dengan kelajuan di bawah daripada 6 Hertz dalam bentuk tenaga yang amat semulajadi.

Tenaga sesuatu organ dipindahkan dan dirakamkan ke dalam larutan laktosa, sukrosa dan munyak pati bunga. Larutan ini mempunyai potensi skala sentesimol yang amat kecil dan ada kalanya ia tidak dapat dinilai frekuensinya kerana amat laju.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif RTE untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya; 

Rahsia Garam Energy untuk Slimming

Garam Energy RM 25




Lemak terjadi apabila kekurangan mineral untuk mensintesiskan karbobidrat menjadi tenaga. Kehadiran garam membentu mengasingkan karbihidrat daripada hidrogen (daripada air) untuk membentuk tenaga.


Apabila garam bertindak kepada lemak, karbohidrat dan air akan terpisah dan hasilnya tubuh akan berstamina (bertenaga) dan perpeluhan akan berlaku dengan lebih banyak.

Untuk mengelakkan pembentukan lemak terjadi dengan banyak, elakkan minum air selepas makan. Jarakkan waktu selepas makan untuk kira-kira lebih daripada 30 minit atau apabila perut sudah tidak kembung lagi.

Mereka yang makan dengan banyak tanpa henti atau selagi tidak penuh perut ialah mereka yang tidak mendapat nikmat kelazatan makanan. Sepatutnya seseorang yang mendapat nikmat kelazatan makanan akan berhenti makan apabila sebelum kenyang. Nikmat kelazatan ialah isyarat daripada otak yang menunjukkan sistem penghadaman telah mendapat nutrient yang mencukupi. Mereka yang makan tanpa ada rasa ingin berhenti sebelum kenyang menunjukkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrient dengan baik. Akibatnya toksik mudah terbentuk dan boleh tersimpan sebagai lemak. Untuk mengelakkan rasa tidak kenyang semasa makan, amalkan menjilat secubit garam sebelum makan. Formula Garam Energy boleh digunakan untuk diambil sebelum makan dengan cara dilarutkan ke dalam setengah cawan air sejuk.

Apabila seseorang kerap membuang air besar, fiber akan meninggalkan banyak asid dan air untuk membentuk asid lemak. Apabila seseorang itu kerap bekerja secara fizikal dan berstamina, mereka akan banyak menyingkirkan asid melalui proses pembuangan air besar. Penyingkiran asid ini berlaku kerana ia terlah cukup terkumpul dalam sesuatu tempoh waktu yang panjang. Oleh itu asid lemak tidak terbentuk.

Tanda berat badan semakin meningkat atau menurun boleh dilihat melalui kekerapan membuang air besar. Secara logik akal tentu ada anggapan yang menyatakan kekerapan membuang air besar menunjukkan seseorang itu mudah kurus. Hakikat sebenarnya, tanda berat badan menurun ialah semakin kurang membuang air besar atau keadaan seperti sembelit. Mereka yang sembelit atau jarang membuang air besar ialah mereka yang merosot berat badannya.

Untuk lebih jelas berikut ialah persamaan kekerapan membuang air besar dengan pertambahan atau pengurangan berat badan;

Sembelit / Jarang buang air besar = berat badan bekurang / kurus
Cirit birit / kerap membuang air besar = berat badan meningkat / kekemukan

Makanan berbentuk fiber yang didakwa untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan melalui cara meningkatkan kekerapan pembuangan air besar sebenarnya akan lebih menambahkan lagi berat badan dalam tempoh jangka panjang disamping meninggalkan kesan sampingan pembentukan urik asid.

Satu-satunya cara yang paling pantas dan mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan Garam Energy. Formula ini bersifat kecenderungan alkali yang menghalang pembentukan asid lemak. Nutrient yang diambil dalam bentuk makanan akan diuraikan sepenuhnya melalui perantaraan garam untuk menjadi zat, keberkatan, membina sel, pemangkin kepada kemakmuran dan kekayaan, insya Allah.

Kekerapan membuang air besar tidak sama keadaan dengan kekerapan membuang air kecil. Kerap membuang air kecil atau melebihi tiga kali sehari menunjukkan masalah pada organ buah pinggang, saluran kencing seperti uretra, pundi kencing, prostat dan uterus. Membuang air kecil dua kali sehari adalah normal.

Membuang air besar tidak boleh secara paksa, tetapi perlu mengikut mood atau benar-benar rasa ingin membuangnya. Ketika itu pula tidak boleh diteran atau melalui paksaan. Ia mesti lancar dan tidak menyebabkan kesakitan. Mengamalkan fiber lembut seperti timun akan membantu kelancaran dan megelakkan kesakitan. Elakkan mengambil makanan berkoko untuk mengelakkan sembelit atau pemanasan otot usus. 

Ringkasan Fungsi Formula VITTO 9


Formula khas untuk mempertenagakan kawasan tengkuk yang meliputi tyroid, saluran esofagus atau kelenjar liur yang mendatangkan simptom tertentu antaranya beguk (goiter) dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan daripada formula VITTO 9
FORMULA
VITTO 9
NAMA FORMULA
VOICE BLUE
WARNA
BIRU
FREQUENSI
490 nanometer
WAKTU RESONAN
Subuh hingga syuruk
(6.00 pagi hingga 7.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT
Peramah
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT
Pendiam
KAWASAN
  1. Kelanjar Tyroid
  2. Esofagus
  3. Kelenjar Air Liur (Salivary Glands)
  4. Permukaan Gusi
  5. Cervical C3, C4, C5, C6, C7
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Gangguan di bahagian kerongkong.
  • Gangguan suara.
  • Metabolisma yang tidak teratur.
  • Kegemukan / terlalu kurus
  • Sakit tekak / beguk / tongsil / mulut kering.
  • Sendawa / kelenjar leher membengkak.
  • Kabur mata.
  • Berkaitan sakit tulang dan saraf.
  • Tiada selera makan / merangsang reseptor citarasa.
  • Masalah penelanan / sakit semasa menelan.
  • Reseptor air liur yang berlebihan.
  • Gusi selalu berdarah.
  • Hipotyroid.
  • Nafas berbau.
  • Pendek / gangguan pembesaran.
  • Kelenjar limfa di sekeliling leher membengkak(Rubella).
KETERANGAN FORMULA
  • Meningkatkan keupayaan sel-sel otak dan menambah aktiviti pengaliran elektrik pada otak.
  • Menyeimbangkan berat badang (dieting programme) atauprogram kelangsingan (berkaitan dengan VITTO 12).
  • Pengganti nila dan cuka untuk penyakit beguk.
  • Membantu penyerapan zat metabolisma.
  • Pelembab dan pelinciran untuk pertuturan.
  • Membantu perkumuhan bahan organik (uria/gula).

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif RTE untuk masalah simptom kawasan kelenjar tyroid, saluran esofagus, kelenjar air liur, gusi berdarah, tulang cervical atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi; 

Isnin, 10 Februari 2014

Ringkasan Fungsi Formula VITTO 8


Otak yang mengawal ketenangan ialah Medulla Oblongata. Ia bukan sekadar mengawal keseimbangan badan, tetapi turut mengawal keseimbangan keseluruhan aktiviti dan tugasan kita seharian. Kehebatan Medulla Oblongata apabila fungsinya dioptimumkan ialah keupayaannya untuk menangani beberapa tugasan dalam masa yang serentak. Kelemahan bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah stress atau tertekan, mudah runsing atau sekurang-kurangnya mengalami masalah sakit belakang tengkuk.
Kesemua tisu sel dan saraf otak di bahagian ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar VITTO 8. Kesakitan di belakang tengkuk yang sangat berkaitan dengan kelemahan yang melibatkan bahagian VITTO 8
Gambar di bawah menunjukkan kedudukan kawasan VITTO 8
Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata
Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata
Sakit belakang tengkuk adalah masalah CEO 8
Sakit belakang tengkuk adalah masalah VITTO 8
Kawasan otak yang berkaitan diliputi oleh VITTO 8 ialah Medulla Oblongata. Selain itu kawasan saraf tulang belakang yang berkaitan ialah Cervical C2, C3 dan C7
Kawasan VITTO 8 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan kelapangan dan ketenangan. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang mudah tertekan, stress dan mudah runsing serta keliru dalam membuat keputusan atau berhadapan dengan sesuatu keadaan.
Kawasan VITTO 8 turut melibatkan beberapa fungsi fizikal biologi tubuh iaitu mengawal tindakan luar kawal dalam aktiviti pernafasan, gerakan jantung dan peredaran darah. Pada tahap yang optimum ia berkeupayaan untuk mengawal imbangan badan, kemahiran mengenal objek dengan lebih tajam, membezakan warna, mengenal perbezaan tekanan udara, mengesan tahap kederiaan (tahap bau, tahap cahaya, tahap bunyi, tahap sentuhan, tahap kesakitan). Mereka yang dikurniakan basirah dan kasyaf (Khawriqul ‘adah atau kelebihan spiritual yang dikurniakan oleh Allah kepada golongan tertentu) berkeupayaan menyedari keupayaan fungsi optimum ini.
Formula VITTO 8 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai Medulla Oblongata dan dan saraf  kawasan Cervical. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.
Antara Fungsi Utama VITTO 8
  1. Mengawal dan menstabilkan tekanan darah rendah
  2. Meredakan kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
  3. Memberikan rasa tenang dan tenteram
  4. Meredakan rasa berdebar / gugup / kebimbangan
  5. Meredakan panik / serba tidak kena
  6. Memulihkan kerasukan
  7. Meredakan kebas / berpeluh / loya / menggeletar
  8. Memulihkan rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam
VITTO 8 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut
  1. Gangguan mental atau schizophrenia akibat terlalu tertekan.
  2. Rasa mudah muntah atau mabuk menaiki kenderaan.
  3. Ibu mengandung yang kerap muntah.
  4. Rasa gayat dengan ketinggian.
  5. Mabuk atau loya melihat tumpahan darah (luka besar).
  6. Telinga berdengung apabila menaiki bukit dengan laju atau dalam pesawat.
Keterangan lanjut penggunaan formula VITTO 8;
1. Tahap urik asid yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan atau stress apabila melakukan lebih daripada satu tugasan. Misalnya menyapu sampah, membasuh pinggan dan membasuh kain, mereka yang optimum fungsi VITTO 8 boleh melakukan tugasan tersebut dengan mudah tetapi mereka yang lemah VITTO 8 akan kelam kabut atau tidak sempurna tugas tersebut atau akan mengalami sakit dibelakang tengkuk apabila melakukan tugas tersebut. Di samping merawat dengan VITTO 8, mengamalkan diet yang kurang urik asid dan melebihkan makanan yang beralkali dapat mengelakkan kelemahan pada bahagian VITTO 8.
2. Masalah resah gelisah, serba tidak kena atau biasanya dikenali sebagai anxiety yang melibatkan gerakan jantung yang pantas, berpeluh, loya dan sebagainya insyaAllah amat mudah diatasi dengan rawatan VITTO 8. Dalam keadaan tertentu, jika ia berpunca daripada kelemahan sistem thyroid (VITTO 9) atau jantung (VITTO 11), VITTO8 berkeupayaan untuk memberikan kelegaan.
3. Rasa sakit belakang tengkuk akibat salah bantal ialah masalah sebenar pada VITTO 8.
4. Seseorang yang mengalami tekanan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian seperti sedang diugut, diancam atau memegang tanggungjawab yang besar, akan mengalami masalah sakit belakang tengkuk atau VITTO 8 sekiranya kawasan ini lemah.
5. Melakukan sesuatu perkara atau tugas atau pekerjaan kerana terpaksa akan menyebabkan VITTO 8 sangat tertekan dan boleh menjadi lemah dengan mudah. Kekuatan keikhlasan akan mengatasi masalah ini. Namun tenaga keikhlasan bergantung kepada tahap kekuatan VITTO 8 seseorang.
6. Rasa keliru ketika sedang belajar adalah akibat masalah terlebih protein yang dikawal oleh otak Medulla Oblongata.  Rasa loya ketika sedang membaca adalah tanda tubuh sedang cuba mengatasi kekeliruan. Ia boleh dipulihkan dengan menguatkan semula kawasan VITTO 8 supaya minda boleh mentafsirkan sesuatu ilmu secara matang dan mudah difahami.
7. Kanak-kanak yang kerap dibiarkan menangis atau meronta untuk meminta sesuatu akan mudah tertekan. Akibatnya mereka mudah lemah pada VITTO 8 yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan mental seperti sukar memahami sesuatu atau mudah terkeliru.
Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula VITTO 8
Nama FormulaVITAMIN TO (VITTO 8)
WarnaIndigo
Frekuensi472 nanometer
Psikologi Ketika SihatDamai
Tenteram
Psikologi Ketika SakitTertekan
Keliru
Kawasan/OrganMedulla Oblongata
Saraf Cervical C2, C3 dan C7
Tanda/SimptomTekanan darah rendah
Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
Memberikan rasa tenang dan tenteram
Berdebar / gugup / kebimbangan
Panik / serba tidak kena
Memulihkan kerasukan
Kebas / berpeluh / loya / menggeletar
Rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam

Ringkasan Fungsi Formula VITTO 7



Otak yang paling banyak mengawal organ-organ kederiaan fizikal (kecuali hidung) ialah bahagian Serebrum dan Serebelum. Ia juga turut mengawal deria kulit secara tidak langsung. Antara organ kederiaan yang dimaksudkan ialah mata, telinga dan lidah. Selain itu, ia juga turut mengawal tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Kesemua tisu sel dan organ organ-organ ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar VITTO 7.
Gambarajah di bawah menunjukkan kawasan yang melibatkan VITTO  7.
Kawasan VITTO 7 turut meliputi soket mata, saraf mata, keseluruhan organ telinga, kawasan mulut seperti gigi, lidah, gusi, rahang, saluran dari telinga ke tekak (eustachian tube), otak serebrum, otak serebelum, tulang cervical C2 C3 C4, dan mastoid (tulang membonjol di belakang telinga).
Kawasan VITTO 7 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan citarasa dan tindakan rasional atau matang. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang suka cerewet dan mengeluh.
Formula VITTOC 7 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai organ-organ kederiaan dan otak yang mengawalnya. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.
Otak serebrum dan serebelum turut mengawal suhu tubuh, tekanan darah tinggi, tahap gula dan kesedaran kawalan aktiviti seksual. Apabila tenaga otak ini dioptimumkan, ia turut mengoptimumkan fungsi yang dikawal oleh otak ini.
Antara Fungsi Utama VITTO 7
1. Mengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
2. Mudah redha.
3. Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
4. Kepekaan daya pendengaran.
5. Ketajaman daya penglihatan.
6. Kepekaan daya merasa makanan.
7. Kepekaan deria rasa kulit.
VITTO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;
1. Meredakan dan memulihkan demam.
2. Menstabilkan suhu badan yang tinggi.
3. Sakit semasa tumbuh gigi.
4. Kekejangan.
5. Sakit telinga.
6. Gangguan pendengaran.
7. Telinga bergema.
8. Pekak / bisu.
9. Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
10. Tekanan darah tinggi.
11. Sakit mata.
12. Buta warna.
13. Berpeluh dan menggigil.
14. Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
15. Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
16. Masalah rambut gugur.
Keterangan lanjut penggunaan formula VITTO 7;
1. Otak Serebrum dan Selebelum turut mengawal bahagian organ penghadaman iaitu Hati, Perut, Limpa (VITTO 12), Hempedu, Duodenum (VITTO 14), Pankreas (VITTO 15) serta organ perkumuhan iaitu liang peluh pada kulit (VITTO 14) dan buah pinggang (VITTO 13) . VITTO 7 seseorang boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor amalan pemakanan yang menyebabkan kelemahan pada mana-mana organ penghadaman. Selagi kawasan penghadaman atau perkumuman ini tidak dirawat, selagi itu kawasan VITTO 7 sukar untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu, pengambilan rawatan untuk masalah pada VITTO 7 perlu disertai dengan rawatan pada VITTO 12, VITTO 13, VITTO 14 atau VITTO 15.
2. Penyakit darah tinggi adalah gejala penyakit yang melibatkan kombinasi kelemahan pada VITTO 7 dengan mana-mana bahagian antara VITTO 12, VITTO 13, VITTO 14 atau VITTO 15. Ini bermaksud, seseorang yang mengalami gejala tekanan darah tinggi adalah mereka yang perlu memulihkan organ penghadaman yang melibatkan masalah kolestrol, protein tinggi yang boleh menjadi plak di dinding saluran darah. Plak ini akan menyebabkan banyak penyumbatan pada saluran darah yang akan menjadikan tekanan darah bertambah kuat. Memulihkan organ penghadaman akan membantu memecahkan plak secara semulajadi dan memulihkan semula masalah penyakit darah tinggi.
3. Penyakit kencing manis (diabetes) disebabkan oleh peningkatan kadar gula sedangkan penghasilan insulin oleh Pankreas (VITTO 15) berkurang. Aktivi Pankreas (VITTO 15) dikawal oleh bahagian otak Serebelum dan Serebrum (VITTO 7). Insulin boleh dihasilkan semula secara optimum sekiranya tenaga Pankreas (VITTO 15) dan otak yang mengawalnya (VITTO 7) dipertenagakan. Proses rawatan ini berlaku secara selamat dan semulajadi oleh tubuh, insyaAllah. Penyakit kencing manis yang kronik akan menyebabkan buah pinggang menjadi lemah kerana terpaksa memproses untuk membuang gula berlebihan. Ketika itu rawatan mereka yang menjalani dialisis perlu mengambil rawatan VITTO 7 berserta rawatan Buah Pinggang (VITTO 13). Masalah diabetes yang menyebabkan sesuatu luka sukar sembuh perlu membuat rawatan VITTO 7 dengan Kulit (VITTO 14). Untuk sesuatu penyakit kencing manis, biasanya memerlukan rawatan yang lebih lengkap dengan kaedah Perubatan Energy supaya lebih cepat sembuh, insyaAllah.
4. Untuk merawat masalah demam, formula VITTO 7 perlu diambil berterusan setiap 5 minit sehingga demam sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa jam.
5. Keguguran rambut yang berterusan pada jumlah yang banyak adalah disebabkan oleh suhu badan yang tinggi. Pengambilan VITTO 7 membantu mengawal suhu badan dan mengelakkan keguguran rambut.
6. Kelamahan pada VITTO 7 terhadap seseorang akan menyebabkan lebih daripada satu simptom yang muncul. Misalnya mereka yang mengalami masalah telinga selalu berdengung akan turut mengalami masalah bibir pecah akibat suhu panas. Atau mata kabur akan turut menyebabkan sakit di belakang kepala. Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau kencing manis akan turut mengalami kelamahan pada mana-mana kawasan yang melibatkan VITTO 7.
7. Pengambilan sesuatu makanan yang tinggi lemak dan protein yang berlebihan akan menjejaskan sistem penghadaman dan perkumuhan yang akan turut menjejaskan VITTO 7.
8. Elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu malam kerana ia sukar dihadam dan boleh melemahkan VITTO 7. Tidur awal dalam keadaan lena pada waktu kegelapan malam akan membantu menguatkan fungsi VITTO 7.
Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula VITTO 7
Nama FormulaVITAMIN TO (VITTO7)
WarnaIndigo
Frekuensi444 nanometer
Psikologi Ketika SihatCitarasa
Matang
Psikologi Ketika SakitCerewet
Mengharap
Kawasan/OrganSerebrum
Serebelum
Mata
Soket mata
Saraf mata
Organ telinga
Cuping telinga
Salur eustachian
Cervical 2
Cervical 3
Cervical 4
Mastoid
Mulut
Bibir
Gigi
Gusi
Rahang
Lidah
Tanda/SimptomMengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
Mudah redha.
Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
Kepekaan daya pendengaran.
Ketajaman daya penglihatan.
Kepekaan daya merasa makanan.
Kepekaan deria rasa kulit.
Meredakan dan memulihkan demam.
Mestabilkan suhu badan yang tinggi.
Sakit semasa tumbuh gigi.
Kekejangan.
Sakit telinga.
Gangguan pendengaran.
Telinga bergema.
Pekak / bisu.
Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
Tekanan darah tinggi.
Sakit mata.
Buta warna.
Berpeluh dan menggigil.
Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
Masalah rambut gugur.