Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Isnin, 10 Februari 2014

Ringkasan Fungsi Formula VITTO 7



Otak yang paling banyak mengawal organ-organ kederiaan fizikal (kecuali hidung) ialah bahagian Serebrum dan Serebelum. Ia juga turut mengawal deria kulit secara tidak langsung. Antara organ kederiaan yang dimaksudkan ialah mata, telinga dan lidah. Selain itu, ia juga turut mengawal tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Kesemua tisu sel dan organ organ-organ ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar VITTO 7.
Gambarajah di bawah menunjukkan kawasan yang melibatkan VITTO  7.
Kawasan VITTO 7 turut meliputi soket mata, saraf mata, keseluruhan organ telinga, kawasan mulut seperti gigi, lidah, gusi, rahang, saluran dari telinga ke tekak (eustachian tube), otak serebrum, otak serebelum, tulang cervical C2 C3 C4, dan mastoid (tulang membonjol di belakang telinga).
Kawasan VITTO 7 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan citarasa dan tindakan rasional atau matang. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang suka cerewet dan mengeluh.
Formula VITTOC 7 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai organ-organ kederiaan dan otak yang mengawalnya. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.
Otak serebrum dan serebelum turut mengawal suhu tubuh, tekanan darah tinggi, tahap gula dan kesedaran kawalan aktiviti seksual. Apabila tenaga otak ini dioptimumkan, ia turut mengoptimumkan fungsi yang dikawal oleh otak ini.
Antara Fungsi Utama VITTO 7
1. Mengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
2. Mudah redha.
3. Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
4. Kepekaan daya pendengaran.
5. Ketajaman daya penglihatan.
6. Kepekaan daya merasa makanan.
7. Kepekaan deria rasa kulit.
VITTO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;
1. Meredakan dan memulihkan demam.
2. Menstabilkan suhu badan yang tinggi.
3. Sakit semasa tumbuh gigi.
4. Kekejangan.
5. Sakit telinga.
6. Gangguan pendengaran.
7. Telinga bergema.
8. Pekak / bisu.
9. Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
10. Tekanan darah tinggi.
11. Sakit mata.
12. Buta warna.
13. Berpeluh dan menggigil.
14. Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
15. Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
16. Masalah rambut gugur.
Keterangan lanjut penggunaan formula VITTO 7;
1. Otak Serebrum dan Selebelum turut mengawal bahagian organ penghadaman iaitu Hati, Perut, Limpa (VITTO 12), Hempedu, Duodenum (VITTO 14), Pankreas (VITTO 15) serta organ perkumuhan iaitu liang peluh pada kulit (VITTO 14) dan buah pinggang (VITTO 13) . VITTO 7 seseorang boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor amalan pemakanan yang menyebabkan kelemahan pada mana-mana organ penghadaman. Selagi kawasan penghadaman atau perkumuman ini tidak dirawat, selagi itu kawasan VITTO 7 sukar untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu, pengambilan rawatan untuk masalah pada VITTO 7 perlu disertai dengan rawatan pada VITTO 12, VITTO 13, VITTO 14 atau VITTO 15.
2. Penyakit darah tinggi adalah gejala penyakit yang melibatkan kombinasi kelemahan pada VITTO 7 dengan mana-mana bahagian antara VITTO 12, VITTO 13, VITTO 14 atau VITTO 15. Ini bermaksud, seseorang yang mengalami gejala tekanan darah tinggi adalah mereka yang perlu memulihkan organ penghadaman yang melibatkan masalah kolestrol, protein tinggi yang boleh menjadi plak di dinding saluran darah. Plak ini akan menyebabkan banyak penyumbatan pada saluran darah yang akan menjadikan tekanan darah bertambah kuat. Memulihkan organ penghadaman akan membantu memecahkan plak secara semulajadi dan memulihkan semula masalah penyakit darah tinggi.
3. Penyakit kencing manis (diabetes) disebabkan oleh peningkatan kadar gula sedangkan penghasilan insulin oleh Pankreas (VITTO 15) berkurang. Aktivi Pankreas (VITTO 15) dikawal oleh bahagian otak Serebelum dan Serebrum (VITTO 7). Insulin boleh dihasilkan semula secara optimum sekiranya tenaga Pankreas (VITTO 15) dan otak yang mengawalnya (VITTO 7) dipertenagakan. Proses rawatan ini berlaku secara selamat dan semulajadi oleh tubuh, insyaAllah. Penyakit kencing manis yang kronik akan menyebabkan buah pinggang menjadi lemah kerana terpaksa memproses untuk membuang gula berlebihan. Ketika itu rawatan mereka yang menjalani dialisis perlu mengambil rawatan VITTO 7 berserta rawatan Buah Pinggang (VITTO 13). Masalah diabetes yang menyebabkan sesuatu luka sukar sembuh perlu membuat rawatan VITTO 7 dengan Kulit (VITTO 14). Untuk sesuatu penyakit kencing manis, biasanya memerlukan rawatan yang lebih lengkap dengan kaedah Perubatan Energy supaya lebih cepat sembuh, insyaAllah.
4. Untuk merawat masalah demam, formula VITTO 7 perlu diambil berterusan setiap 5 minit sehingga demam sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa jam.
5. Keguguran rambut yang berterusan pada jumlah yang banyak adalah disebabkan oleh suhu badan yang tinggi. Pengambilan VITTO 7 membantu mengawal suhu badan dan mengelakkan keguguran rambut.
6. Kelamahan pada VITTO 7 terhadap seseorang akan menyebabkan lebih daripada satu simptom yang muncul. Misalnya mereka yang mengalami masalah telinga selalu berdengung akan turut mengalami masalah bibir pecah akibat suhu panas. Atau mata kabur akan turut menyebabkan sakit di belakang kepala. Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau kencing manis akan turut mengalami kelamahan pada mana-mana kawasan yang melibatkan VITTO 7.
7. Pengambilan sesuatu makanan yang tinggi lemak dan protein yang berlebihan akan menjejaskan sistem penghadaman dan perkumuhan yang akan turut menjejaskan VITTO 7.
8. Elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu malam kerana ia sukar dihadam dan boleh melemahkan VITTO 7. Tidur awal dalam keadaan lena pada waktu kegelapan malam akan membantu menguatkan fungsi VITTO 7.
Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula VITTO 7
Nama FormulaVITAMIN TO (VITTO7)
WarnaIndigo
Frekuensi444 nanometer
Psikologi Ketika SihatCitarasa
Matang
Psikologi Ketika SakitCerewet
Mengharap
Kawasan/OrganSerebrum
Serebelum
Mata
Soket mata
Saraf mata
Organ telinga
Cuping telinga
Salur eustachian
Cervical 2
Cervical 3
Cervical 4
Mastoid
Mulut
Bibir
Gigi
Gusi
Rahang
Lidah
Tanda/SimptomMengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
Mudah redha.
Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
Kepekaan daya pendengaran.
Ketajaman daya penglihatan.
Kepekaan daya merasa makanan.
Kepekaan deria rasa kulit.
Meredakan dan memulihkan demam.
Mestabilkan suhu badan yang tinggi.
Sakit semasa tumbuh gigi.
Kekejangan.
Sakit telinga.
Gangguan pendengaran.
Telinga bergema.
Pekak / bisu.
Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
Tekanan darah tinggi.
Sakit mata.
Buta warna.
Berpeluh dan menggigil.
Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
Masalah rambut gugur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan