Evidence Based :
- Air ionik hidrogen oksigen yang dihasilkan yang bersifat alkali mempunyai kesan teraputik sesuai dalam apa jua perawatan untuk pelbagai penyakit
- Air yang mempunyai ion-ion negatif dengan efek-efek rifleksif mengubah pelbagai bentuk tenaga yang diperbaharui bagi keperluan tubuh secara langsung
- Air yang mempunyai lebihan elektron sebagai kesan elektrolit yang optima
- Air yang mempunyai tekanan dengan kandungan oksigen terlarut yang tinggi
- Air lembut dan mempunyai molekul halus dan aktif yang dapat menyerap ke dalam sel-sel tubuh yang terendam sepanjang tempoh rawatan
- Air yang mempunyai kandungan garam bagi membantu sirkulasi darah secara menyeluruh
- Air yang dirakam semula dengan getaran secara perpindahan tenaga daripada pati bunga Aroma Sifar bagi mencari persamaan (resonans) dengan kelenjar pineal yang mengawal seluruh sistem tubuh
Kaedah Terapi Rendaman Energy - TRE menggunakan pati bunga aromaterapi Seri Wajah dengan kandungan molekul-molekul atom dalam pati bunganya begitu halus melebihi teknologi nano ciptaan manusia serta memiliki komposisi struktur yang sangat stabil disamping kaya dengan zat-zat kimia sebagai nutrisi yang paling aktif dan bersifat antioksida sebagai bahan utama bagi membantu meningkatkan jentera perawat yang dikuasai oleh kulit melalui konsep terapi magnetik aromaterapi.
Pati bunga Seri Wajah telah dirakamkan elektron dan akan memindahkan unsur tersebut ke dalam air rendaman yang diaktifkan dengan ion hidrogen oksigen yang cukup sederhana menguatkan teori elektromagnetik klasik yang menyatakan bahawa tubuh kita dikelilingi elektron kerana ia adalah partikal yang bermuatan yang bergerak dalam percepatan 10-4 detik dan terus menerus akan memancarkan radiasi (energi) lebih tepat, elektif dan berkesan. Penyakit yang menimbulkan berbagai gejala kesihatan pada dasar tubuh (sel-sel) dan organ tertentu yang telah mengalami kemerosotan elektron. Terapi Rendaman Energy - TRE adalah cara bagaimana elektron dapat dipindahkan masuk ke dalam tubuh melalui reseptor kulit mengikut frekuensi secara bertahap bermula daripada tulang hingga ke sistem kelenjar di otak.
Kesan daripada penggunaan Aroma Sifar secara bertahap mengikut frekuensi akan menjadikan terapi ini mampu meningkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh secara teratur bagi rangsangan sistem tubuh bagi keseimbangan dan keharmonian secara menyeluruh. Keadaan ini juga berupaya menghalang jangkitan atau serangan penyakit ke atas tubuh.
Tubuh sebenarnya masih menyimpan tenaga dalaman dalam bentuk kuasa bio-quantum yang perlu dijanakan semula melalui teori tekanan Hidroterapi Ais. Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada Aroma Sifar ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon-hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan bentuk-bentuk tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
Berbagai punca keracunan di dalam tubuh yang dikenalpasti di antaranya ialah amalan pemakanan dengan zat-zat yang berlebihan, gangguan persekitaran, jangkitan mikroorganisma, masalah halusinasi, lemah dalam psikologi, kecederaan lama yang terpendam atau masalah penyakit keturunan seperti saka di mana kesemua ini merupakan bentuk-bentuk tenaga yang mengubah emosi seseorang dan akhirnya bertukar menjadi penyakit.
Terapi dilakukan di dalam ruangan atau tab mandi ini amat mementingkan faktor rawatan ke atas seluruh tubuh melalui rendaman. Dengan mengenepikan bentuk-bentuk atau peralatan yang menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mencemarkan, terapi ini berlangsung di dalam situasi yang cukup merehatkan dan bersantai.
Dalam kaedah Terapi Rendaman Energy - TRE, RTE telah menggariskan setiap petua dan adab-adab peraturan perubatan tradisional yang telah diterjemahkan secara sains fizik dan kimia. Kaedah rawatan ini membuktikan zat penyakit boleh dilihat dan bertukar bentuk secara zahir dalam riaksi kimia sewaktu proses terapi berlangsung. Berbagai peristiwa dalam Terapi Rendaman Energy - TRE yang mempengaruhi karakter pesakit di awal rawatan hingga pada akhir rawatan. Bermula dengan membuang dan meleraikan radiasi dalam peleraian buih dalam rawatan ini.
Rawatan dengan kaedah Terapi Rendaman Energy - TRE akan menjadikan pengaliran tenaga kembali lancar di mana gangguan emosi seperti stres dan tekanan dapat diatasi. Penyakit seperti kanser, HIV, masalah tulang, kerapuhan/bengkok tulang, athritis, sakit tulang belakang, cakra teranjak, TB, sinus, hernia, angin pasang, barah fibroid, menopause, masalah kesuburan, premestro, denggi, kolesterol, diabetes, gout, hipertensi, masalah penagihan dadah, asma, penyakit spiritual seperti gangguan unsur asing, saka, halusinasi dan lain-lain merupakan di antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini.
Justeru Terapi Rendaman Energy - TRE adalah amat sesuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan pelbagai penyakit di alaf baru ini. Hingga hari ini telah lebih 13 tahun terapi ini dipraktikkan dan hasilnya begitu memberangsangkan. Ramai pesakit yang dirawat melalui kaedah ini amat berpuas hati dengan hasil dan kesan yang diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan