Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Rabu, 18 September 2013

7 Keistimewaan dan kelebihan kualiti air sebagai mekanisma terapi ais


Evidence Based :
  • Air ionik hidrogen oksigen yang dihasilkan yang bersifat alkali mempunyai kesan teraputik sesuai dalam apa jua perawatan untuk pelbagai penyakit

  • Air yang mempunyai ion-ion negatif dengan efek-efek rifleksif mengubah pelbagai bentuk tenaga yang diperbaharui bagi keperluan tubuh secara langsung

  • Air yang mempunyai lebihan elektron sebagai kesan elektrolit yang optima

  • Air yang mempunyai tekanan dengan kandungan oksigen terlarut yang tinggi

  • Air lembut dan mempunyai molekul halus dan aktif yang dapat menyerap ke dalam sel-sel tubuh yang terendam sepanjang tempoh rawatan

  • Air yang mempunyai kandungan garam bagi membantu sirkulasi darah secara menyeluruh

  • Air yang dirakam semula dengan getaran secara perpindahan tenaga daripada pati bunga Aroma Sifar bagi mencari persamaan (resonans) dengan kelenjar pineal yang mengawal seluruh sistem tubuh
Secara asasnya, kunci bagi perawatan kaedah  Terapi Rendaman Energy - TRE adalah satu gabungan elemen-elemen bahan dan peralatan dalam satu konsep yang unik dan dapat dibuktikan dan diterjemahkan secara ilmiah dan saintifik. Menjadikan terapi ini sebenarnya bertujuan untuk mengubah penyakit menjadi satu bentuk tenaga lain yang lebih berguna kepada tubuh.

Kaedah  Terapi Rendaman Energy - TRE menggunakan pati bunga aromaterapi Seri Wajah dengan kandungan molekul-molekul atom dalam pati bunganya begitu halus melebihi teknologi nano ciptaan manusia serta memiliki komposisi struktur yang sangat stabil disamping kaya dengan zat-zat kimia sebagai nutrisi yang paling aktif dan bersifat antioksida sebagai bahan utama bagi membantu meningkatkan jentera perawat yang dikuasai oleh kulit melalui konsep terapi magnetik aromaterapi.

Pati bunga Seri Wajah telah dirakamkan elektron dan akan memindahkan unsur tersebut ke dalam air rendaman yang diaktifkan dengan ion hidrogen oksigen yang cukup sederhana menguatkan teori elektromagnetik klasik yang menyatakan bahawa tubuh kita dikelilingi elektron kerana ia adalah partikal yang bermuatan yang bergerak dalam percepatan 10-4 detik dan terus menerus akan memancarkan radiasi (energi) lebih tepat, elektif dan berkesan. Penyakit yang menimbulkan berbagai gejala kesihatan pada dasar tubuh (sel-sel) dan organ tertentu yang telah mengalami kemerosotan elektron. Terapi Rendaman Energy - TRE adalah cara bagaimana elektron dapat dipindahkan masuk ke dalam tubuh melalui reseptor kulit mengikut frekuensi secara bertahap bermula daripada tulang hingga ke sistem kelenjar di otak.

Kesan daripada penggunaan Aroma Sifar secara bertahap mengikut frekuensi akan menjadikan terapi ini mampu meningkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh secara teratur bagi rangsangan sistem tubuh bagi keseimbangan dan keharmonian secara menyeluruh. Keadaan ini juga berupaya menghalang jangkitan atau serangan penyakit ke atas tubuh.

Tubuh sebenarnya masih menyimpan tenaga dalaman dalam bentuk kuasa bio-quantum yang perlu dijanakan semula melalui teori tekanan Hidroterapi Ais. Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada Aroma Sifar ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon-hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan bentuk-bentuk tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.

Berbagai punca keracunan di dalam tubuh yang dikenalpasti di antaranya ialah amalan pemakanan dengan zat-zat yang berlebihan, gangguan persekitaran, jangkitan mikroorganisma, masalah halusinasi, lemah dalam psikologi, kecederaan lama yang terpendam atau masalah penyakit keturunan seperti saka di mana kesemua ini merupakan bentuk-bentuk tenaga yang mengubah emosi seseorang dan akhirnya bertukar menjadi penyakit.

Terapi dilakukan di dalam ruangan atau tab mandi ini amat mementingkan faktor rawatan ke atas seluruh tubuh melalui rendaman. Dengan mengenepikan bentuk-bentuk atau peralatan yang menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mencemarkan, terapi ini berlangsung di dalam situasi yang cukup merehatkan dan bersantai.

Dalam kaedah  Terapi Rendaman Energy - TRE, RTE telah menggariskan setiap petua dan adab-adab peraturan perubatan tradisional yang telah diterjemahkan secara sains fizik dan kimia. Kaedah rawatan ini membuktikan zat penyakit boleh dilihat dan bertukar bentuk secara zahir dalam riaksi kimia sewaktu proses terapi berlangsung. Berbagai peristiwa dalam  Terapi Rendaman Energy - TRE yang mempengaruhi karakter pesakit di awal rawatan hingga pada akhir rawatan. Bermula dengan membuang dan meleraikan radiasi dalam peleraian buih dalam rawatan ini.

Rawatan dengan kaedah  Terapi Rendaman Energy - TRE akan menjadikan pengaliran tenaga kembali lancar di mana gangguan emosi seperti stres dan tekanan dapat diatasi. Penyakit seperti kanser, HIV, masalah tulang, kerapuhan/bengkok tulang, athritis, sakit tulang belakang, cakra teranjak, TB, sinus, hernia, angin pasang, barah fibroid, menopause, masalah kesuburan, premestro, denggi, kolesterol, diabetes, gout, hipertensi, masalah penagihan dadah, asma, penyakit spiritual seperti gangguan unsur asing, saka, halusinasi dan lain-lain merupakan di antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini.

Justeru  Terapi Rendaman Energy - TRE adalah amat sesuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan pelbagai penyakit di alaf baru ini. Hingga hari ini telah lebih 13 tahun terapi ini dipraktikkan dan hasilnya begitu memberangsangkan. Ramai pesakit yang dirawat melalui kaedah ini amat berpuas hati dengan hasil dan kesan yang diperolehi.

Mekanisma Kerja Terapi Ais

Mekanisma Kerja Terapi Ais


Rasional penggunaan ais di dalam terapi ini ialah sifat-sifat yang dimiliki amat memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang dirakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mencari sasaran atau kawasan berpenyakit sebelum mengharmonikannya.

RTE telah mengemukakan beberapa fakta-fakta yang mengagumkan tentang ais :
Evidence based :
  • 4 dasar ais berperanan membantu proses penyembuhan iaitu:
    • Kuasa menyerap (oksigen)
    • Kuasa tekanan semula jadi hingga ke sel
    • Kuasa merakam / menyimpan
    • Kuasa meleraikan / peneutral – hidrogen -(tukarkan penyakit kepada karbon dioksida)

  • Tubuh manusia adalah kesatuan atom yang lengkap, bila direndam dalam ais, tekanan ais akan menolak atau tidak membenarkan unsur-unsur berat (jisim berat) menyerap masuk ke dalam kulit tetapi jika mandi air suam ia akan berlaku sebaliknya

  • Air sejuk (air dan ais) adalah perakam yang paling tepat untuk menghantar isyarat gelombang dengan cekap ke bahagian yang disasarkan

  • Air sejuk dapat merakamkan semula segala bentuk tenaga asal dalam frekuensi yang rendah ke dalam sel-sel tubuh sebagai pembinaan semula jisim secara teratur, sama dan berterusan

  • Ais menjadi bahan perencat kepada kecederaan akut

  • Ais cepat mengesan gema walaupun dalam frekuensi yang paling tinggi atau rendah ia tetap mampu mengesan (1-7 Hz). Manakala air suam tiada tekanan

  • Ais memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang di rakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mengharmonikannya. Air yang sejuk dapat mengembalikan memori pada sistem kederiaan kulit

  • Ais sebenarnya bersifat panas apabila bertindakbalas ke dalam darah

  • Ais adalah bahan yang boleh menggerakkan aliran darah dan sistem limfatik di dalam tubuh dengan begitu cekap melalui teori tekanan. Sel-sel tubuh yang tidak aktif dapat digetarkan semula dengan begitu pantas

  • Ais apabila digunakan secara berulang-ulang dengan konsisten mampu merencat segala bentuk kerja-kerja sel, virus, kulat, bakteria atau mikroorganisma yang menghasilkan getaran tenaga yang tidak seimbang di dalam tubuh

  • Ais mempunyai getaran tenaga yang begitu aktif dan berupaya memberikan tekanan ke dalam tubuh untuk meneutralkan kawasan tekanan rendah di dalam tubuh yang dipenuhi berbagai gas yang melemaskan sel-sel tubuh

  • Zat-zat di dalam darah dapat diserap masuk secara larutan ke dalam sel-sel tubuh

  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai sebagai sistem penghantar tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh

  • Rawatan menggunakan ais tidak menimbulkan iritasi atau keradangan kepada tubuh

  • Dapat membebaskan suhu panas dari dasar tubuh dan dengan cepat dapat mempertahankan semula suhu asal tubuh secara normal

  • Efektif menyimpan energi yang baik di dalam tubuh yang telah terurai dan mudah mengubahnya semula di mana zat dalam bentuk bebanan keracunan akan menjadi cair atau diwapkan ataupun menjadi zat padat

  • Sifat ais yang bertekanan dapat menyerap dan menyah radiasi buruk di dalam tubuh

  • Sifat ais mempunyai kombinasi elemen-elemen 90 peratus hidrogen dan 10 peratus oksigen

  • Ais sangat fleksibel dan mudah dikonsumsi untuk menjangkau hampir ke seluruh permukaan dan dalaman hingga ke dasar tubuh

  • Ais meningkatkan kadar kelajuan frekuensi bunyi berkali-kali ganda untuk menukar potensi tenaga

  • Ais mampu berinteraksi dengan kulit dan bulu roma yang bertindak sebagai antena yang paling sensitif untuk rangsangan sistem kederiaan

  • Ais akan memaksa otot bekerja dengan lebih efektif dan menguja semula mana-mana bahagian otot yang malas atau yang telah pasif

  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang kesedaran seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar

  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan

  • Air sejuk akan menguatkan jisim tulang

  • Komposisi struktur molekul atom air sejuk lebih stabil

  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang yang bersamaan dengan frekuensi sel-sel tulang

Selasa, 17 September 2013

Kulit dan TRE


Terapi Rendaman Energy menggunakan kulit sebagai jentera perawatan paling efektif

Konsep sains fizik dengan memerangkap berbagai rupa bentuk getaran gelombang frekuensi warna dan bunyi di sekiling kita dan mengubahkannya untuk menerbitkan penghantar elektron secara elektrokimia di dalam sel tubuh melalui kulit sebagai gentian saraf motor ke sistem saraf otonomik bahagian simpatetik ke Hipotalamus.

Wajah - melalui keseluruhan reseptor kederiaan yang paling cekap dalam reaksi tindakbalas gelap

Hidung - gelombang bunyi yang melalui hidung akan bertindak sebagai penawar yang membekalkan nitrogen kepada semangat kerohanian pesakit. Ia umpama ubat penenang yang akan melahirkan rasa kasih dan sayang pada diri sendiri.

Mata – gelombang cahaya dan bunyi yang akan masuk melalui mata pula akan bertindak seumpama ubat penahan sakit agar pesakit mempunyai daya tumpuan, kekhusyukkan dan menimbulkan rasa tenteram dan damai.

Lidah – gelombang bunyi yang bergetar melalui lidah melahirkan rasa ceria, riang dan gembira kepada pesakit supaya ia sentiasa aktif dan bertenaga.

Reseptor Kulit
Alasan mengapa Kulit sebagai jentera tubuh yang paling efektif adalah berdasarkan bagaimana muatan elektrik atom ditentukan oleh elektron-elektron yang juga berada pada kulit luar inti atom. Penyusunan semula molekul dalam kombinasi berbeza menimbulkan keaneka ragaman ikatan kimia yang mendasari material disekitar kita. Ini bermakna rawatan dari luaran melalui kederian reseptor kulit amat selamat dan menepati hukum bio-quantum semulajadi dengan meneutralkan riaksi kimia dengan gerakan dan sentuhan pada gerakan elektron pada variasi ikatan kulit yang boleh fleksibel. Molekul garam dengan (NACI) adalah salah satu unsur kimia yang dapat terbentuk oleh riaksi kimia dalam terapi bio-quantum HDA ini.

Gelombang elektromagnetik dengan rangsangan pada reseptor gentian atau optik saraf pada bahan pewarna pigmen melanin di kulit berinteraksi tepat dengan frekuensi warna sel tumbuhan dan berkadar terus dengan getaran frekuensi warna sel berlainan organ yang tertentu dan bertindak sebagai penghantar mesej atau isyarat ke kelenjar di otak melalui neuron penghantar di dalam pusingan darah dengan kawalan pusat di pineal sebagai prisma warna dan menjana semula kepada pengimbang tenaga sel-sel saraf secara terus menerus mengimbangi tisu, organ dan sistem fisiologi tubuh ke arah penyembuhan yang maksimum.

TRE dan keseimbangan Psikologi

Keseimbangan Segera Kepada Tahap Psikologi Dengan

  • Anda akan lebih tenang dan tenteram dengan keselesaan selepas 15 minit anda berada di dalam terapi ais yang sedang dijalankan
  • Wangian pati bunga Seri Wajah akan menjadi pencetus isyarat kepada otak dan akal fikiran
  • Aliran energi ke bahagian otak bersatu semula pada bahagian tubuh untuk membangkitkan semula energi vital (Will power) yang telah terpendam sekian lama
  • Kuasa magnetik otak pulih serta-merta melalui satu kejutan di samping menghidupkan jiwa yang telah kosong
  • Rasa bisa, kesakitan, kaku dan lemah-lemah pada sendi dan otot terasa lega apabila titik-titik saraf distimulat semula apabila diberikan tekanan
Satu kaedah baru dan terkini diadapatasi dengan penggunaan ais secara maksima dengan teori tekanan bunyi (gema) yang sangat relevan pada asas berbagai teori sains.  Hidroterapi Ais amat menilai kepentingan tahap imunisasi, antibodi, hormon dan kelenjar tubuh yang perlu dirangsang melalui kulit sebagai reseptor kepada segala bentuk isyarat sebelum dihantar ke otak untuk diproses. Sel-sel tubuh memerlukan energi untuk bekerja semula dan bahagian paling dasar adalah disasarkan pada tulang

TRE dan keseimbangan kesihatan yang ekonomi

  • Sangat ekonomik dengan kos berpatutan
  • Tidak menyakitkan
  • Amat menjimatkan masa
  • Tiada kesan sampingan yang memudaratkan
  • Tidak rumit dan tiada risiko yang memungkinkan terjadinya kesilapan teknikal
  • Terapi ini dapat membuktikan betapa penghasilan sel darah putih yang penting untuk melindungi tubuh akan meningkat dan kekal untuk jangka masa yang panjang
  • Anda akan lebih tenang, tenteram dengan keselesaan dalam kehidupan dan tidak ditembusi gelombang-gelombang yang memudaratkan nilai kehidupan
  • Pencetus isyarat kepada otak dengan oksigen yang menyegarkan yang hanya terdapat di dalam air yang dirawat semula
  • Meningkatkan tenaga bahagian otak bagi keseimbangan pemikiran dan psikologi
Air mempunyai efek-efek rifleksif yang luar biasa kerana diberikan tekanan apabila dimasukkan ais ke dalamnya.

Kesan - kesan positif yang menakjubkan
  1. Kuku menjadi lebih kuat
  2. Rambut mereka tumbuh dengan semakin lebat
  3. Mengembalikan tenaga hilang dan menghilangkan keletihan
  4. Tahap imunisasi sangat kebal
  5. Kulit semakin cerah kemerahan membuktikan peredaran darah yang baik
  6. Mudah tidur dan begitu lena
  7. Meningkatkan tahap kesuburan semula pada wanita yang telah menopause

Keberkesanan dalam Terapi Rendaman Energy - TRE



  • Hampir tiada kesan atau tindakbalas negatif yang ditinggalkan
  • Sel-sel tubuh menjadi begitu bersedia untuk mengenalpasti dan mengusir sebarang 'patogen' unsur asing yang biasanya menjejaskan sel-sel sihat sebagai perumah kepada virus
  • Rawatan ini memberi kesan kelegaan dengan cepat dan kestabilan dapat dirasakan dalam jangka masa yang panjang
  • Terapi dengan aroma yang menyerap ke dalam tubuh melalui pernafasan dan aliran darah yang merangsang sistem pertahanan daripada serangan kuman yang mengganggu paru-paru
  • Sebagai pewangi dan pencetus semangat melalui aroma terpilih sebagai alternatif baru kehidupan lebih bertenaga
  • Mengimbangi suhu dan tekanan luaran dan dalaman tubuh
  • Meningkatkan kekuatan imun sebagai langkah pencegahan dan pertahanan daripada virus penyakit berjangkit seperti HIV
  • Mengawal dan memperbaiki denyutan nadi pada sistem saraf yang gagal berfungsi agar mempunyai daya tindakbalas yang konsisten dan tepat melalui sistem jantung
  • Meringankan kesakitan angin dan memperbaiki fungsi serta peredaran darah ke otak
  • Boleh mengecut dan menghapuskan ketumbuhan barah, lymphoma (bahagian limpa) dan leukimia tanpa pembedahan, radiasi atau kemotrapi
  • Berupaya meredakan kebengkakan
  • Menyingkirkan kuman daripada kesan luka yang terdedah
  • Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan di dalam darah melalui tekanan daripada air
  • Terapi ais ini dapat menukarkan berbagai bahan keracunan di dalam tubuh untuk digunakan semula sebagai antidot yang tepat sebagai penawar
  • Mampu memecahkan darah beku
  • Tisu-tisu tubuh yang sihat tidak akan mengeluarkan sel-sel tumor apabila terapi ini dilakukan. Kebanyakan bakteria tidak lagi berupaya meneruskan pembiakan yang di luar kawalannya apabila kadar suhu di persekitaran tubuh menjadi seimbang
  • Oksigen dan nitrogen bersatu di dalam terapi ais sehingga dapat diserap 40 kali lebih cekap, berkesan dan menyeluruh
  • Pada peringkat pertama terapi ini peningkatan interferon gamma sehingga 1000 peratus berlaku, di mana sel-sel yang tidak normal akan dimusnahkan sebelum merangsang penghasilan sel-sel normal yang baru
  • Meningkatkan kadar metabolisma dan menambah aktiviti sel serta meningkatkan sistem imunisasi
  • Perlindungan daripada serangan penyakit moden seperti pelbagai pencemaran radiasi
  • Air beralkali meningkatkan kadar ion negatif dan garam mineral potassium dan kalsium di samping mengawal kadar sodium dalam darah (pembersihan darah)
  • Berkesan ke atas penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular serta arteriosklerosis (berkenaan jantung) dengan cara mengatur semula peredaran darah serta-merta
  • Menegang dan mengatur semula sistem pembuluh dan darah yang teranjak dan terlipat
  • Dapat merendahkan tekanan pada usus kecil dan perut bagi rangsangan penghasilan enzim dan menyeimbangkan kadar metabolisma
  • Proses yang mampu memberi tenaga bagi pertumbuhan sel-sel tubuh
  • Begitu ketara di dalam pencegahan penyakit dalaman
  • Tanda-tanda atau bekas kekuningan, kebiruan atau kehitaman dapat dihilangkan
  • Amat berkesan terhadap semua jenis penyakit seperti rheumatoid dan arthritis

Apabila terapi ini dilakukan bahagian tubuh yang pertama mendapat manfaatnya adalah tulang, ini bermakna tulang akan memperolehi lebih manfaat dari terapi ini. Fenomena yang berlaku ini amat penting di mana tulang merupakan binaan penting kepada sistem kekebalan atau pertahanan badan. Bagi tujuan merawat apa saja penyakit yang dihidapi adalah disarankan untuk mengembalikan kekuatan tulang. Untuk mengembalikan kekuatan tulang ais sebagai medium yang tepat dan efektif mampu menyusun semula sel-sel tulang dan mengembalikan memori tulang. Tulang yang sihat asas kepada pembinaan sistem imun badan dan dapat meningkatkan keseluruhan sistem badan dikuasai tenaga pada kekuatan kesihatan tulang. Jestru, tulang yang sihat membuktikan tahap kesihatan individu.

Kebaikan Terapi Rendaman Energy


Ulangan Rendaman Pengkhususan Rawatan / Terapi
1 kali Kesegaran, penjagaan kesihatan. Keseimbangan sistem imunisasi. Untuk peleraian stress, pencemaran radiasi, kesukaran tidur dan rawatan akut
3 kali Rawatan bagi keseimbangan antibodi, pertahanan daripada serangan penyakit dan sebagainya. Masalah kesihatan yang ringan contohnya masalah gangguan emosi, ketakutan, mengantuk, keliru, keletihan, kepenatan, gastrik, migrain, pening-pening, gementar dan gemuruh
5 kali Rawatan bagi keseimbangan hormon dan kesuburan (lelaki dan wanita), awet muda, seri wajah, peningkatan imej, keharmonian sistem tubuh dan komunikasi
7 kali Rawatan masalah kesihatan fizikal seperti penyakit saraf, tulang, otot, kebas, kejang, lenguh dan sebagainya
9 kali Rawatan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, kencing manis, sakit jantung atau kelumpuhan termasuk masalah unsur tenaga asing halusinasi (paranormal)

Rawatan dan terapi ini memerlukan dianogsis PIES terlebih dahulu untuk menemukan jawapan dalam berbagai persoalan tentang masalah penyakit yang sedang dihidapi dan puncanya akan dikenal pasti menurut prosedur yang ditetapkan. Melalui Dianogsis PIES akan terjawab serta-merta mengikut niat atau gema yang disesuaikan dengan arahan atau maksud. Dapatkan khidmat nasihat daripada Pengamal Profesional RTE.

Terapi Rendaman Energy - TRE

Terapi Rendaman Energy - TRE


Terapi Rendaman Energy - TRE dikatakan sebagai terma terkini yang begitu bersantai dengan menggunakan kaedah teraputik rendaman ais berkonsepkan bio-quantum untuk rawatan kesihatan dan kecantikkan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2010. Sejak diawal penubuhannya hingga hari ini RTE telah berjaya merawat ramai pesakit di seluruh Malaysia.

Terapi Rendaman Energy - TRE diperkenalkan bagi tujuan ‘wellness’ atau penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Ia bukan semata-mata dapat dimanfaatkan untuk perawatan pencegahan, kesegaran dan kecantikan namun lebih utama bertujuan untuk rawatan kepada penyakit akut mahupun kronik. Bentuk kaedah rawatan yang dapat dilalui secara bersantai, ringkas, cepat, efektif, selamat tidak menyakitkan dan ekonomik. Kewujudannya telah memberi impak besar khusunya dalam industri perubatan selain dapat memenuhi keperluan pasaran apabila mampu mengisi kekangan kepada masalah kos perubatan moden yang melibatkan operasi pembedahan dan pembuangan organ, prosedur rawatan yang menyakitkan serta kesan sampingan daripada pergantungan pada preskripsi yang berpanjangan.

Terapi Rendaman Energy - TRE merupakan suatu kaedah rawatan yang menggunakan air yang dirawat iaitu air hidrogen oksigen dan ais sebagai medium rawatan. Terapi Rendaman Energy - TRE dipertingkatkan teknologinya dengan menggunakan teknologi eletron yang mengaplikasikan sistem energi medan magnetik point zero energi dengan memerangkap tenaga bunga melalui medium pati bunga Aroma Sifar dan Formula Vitto serta penggunaan beberapa bahan-bahan unik yang digabungjalinkan. Umpamanya, natrium-klodrida/garam, hydronatrium (NaHCO3), kapur/slaked lime/calcium hydroxide dan sulfur.

Bahan-bahan tersebut sebagai asas medium rawatan amat berkesan untuk rangsangan tindak balas dengan pengaruh alam sekitar. Penggunaan bahan semulajadi sebagai medium asas dalam rawatan hanya akan memberi kesan atau riaksi kepada unsur-unsur tenaga yang berada di dalam tubuh kita yang berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Terapi yang tidak menggunakan bahan asas semulajadi seringkali tidak menjaminkan penyembuhan kerana matlamat sebenarnya hanyalah untuk kelegaan yang bersifat sementara. Hanya medium asas semulajadi jika digunakan secara tepat dan melalui pembuktian secara saintifik akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Terapi Rendaman Energy - TRE telah diinovasi dengan suntikkan teknologi mengikut kesesuaian konsep rawatan bertujuan dapat memberi kesan yang lebih baik dan efektif dalam terapi ini.

EVIDENCE BASED TERKINI gabungan unik beberapa elemen-elemen bahan utama perawatan:
  • Formula aromaterapi Aroma Sifar diformulasikan dari gabungan beberapa jenis pati bunga asli melalui teknologi getaran atau elektron. Pati bunga digunakan adalah berdasarkan terdapatnya fenomena senyawa kimia dalam proses pembiakanya. Keadaan ini menyebabkan ianya memiliki zat-zat hidup yang boleh digunakan dalam terapi yang bersifat semulajadi. Pati bunga Aroma Sifar terdiri daripada komposisi molekul-molekul atom pati bunga yang bersifat semulajadi dirumuskan menjadi lebih halus dan aktif melebihi teknologi nano. Teknologi nano yang dihasilkan sebenarnya tidak mampu bersaing mencipta keunikkan molekul-molekul aktif pati bunga yang lebih bersifat alamaiah atau semula jadi. Zat pati bunga atau senyawa kimia seperti pati bunga ros sahaja telah memiliki beratus-ratus senyawa kimia atau zat yang aktif yang tak munkin terdapat dalam sebarang jenis unsur yang seumpamanya. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi organ dapat dirangsang semula kekuatan bio-quantum energi organ yang bermasalah walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser
  • . Mandian dengan pati bunga Seri Wajah pula akan menjana semula meridian atau jaluran energi untuk melancarkan isyarat elektrik atau kominuikasi sistem tubuh atau komunikasi tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf. Pati bunga Aroma Sifar menumpukan kepada faktor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem immune dan antibodi untuk merembeskan hormon, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau mengandungi keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar racun menjadi bahan potensi yang memiliki daya bio-quantum bagi keperluan rohani seseorang yang akan memberi kesan kepada fizikalnya secara efektif. Selain itu pati bunga Aroma Sifar turut berfungsi sebagai:

    • Telah diberi rakaman gelombang dalam frekuensi yang tertentu dalam ukuran spektrum warna cahjaya pelangi mampu merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual, sistem imun, melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut, telinga, mata dan hidung.
    • Bersifat oksidasi yang sangat kuat dan sangat efektif untuk kerja-kerja disinfektif (membunuh kuman) detoksifikasi (meneutralkan zat beracun) dan deodoransi (menghilangkan bau busuk) dalam air dan udara.
    • Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada aromaterapi ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
    • Minyak pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan riaksi spektrum (molekul struktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.
    • Menyimpan kesan-kesan bunyi (gema) yang stabil.
    • Cepat mengesan gema (niat) seperti doa untuk menambah kesan penyembuhan dalam rawatan.
  • Formula Vitto dalam frekuensi tulang sebagai medium penghantar energi yang paling efektif pada reseptor lidah melalui sukros sebagai medium pembawa frekuensi yang dirakam di dalamnya. Menjalankan fungsi dengan menghantar isyarat atau impuls melalui neuron neurin ke otak untuk dianalisa sebelum dihantar semula ke tulang. Formula Vitto telah dipertenagakan menurut konsep warna melalui kelajuan cahaya dan getaran bunyi dalam formasi gelombang audio berfrekuensi rendah yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang telah mengalami kepincangan atau ketidakseimbangan. Secara istilahnya, ia bukanlah penawar, kerana penawar semula jadi sebenarnya telah sedia ada di dalam tubuh setiap individu itu sendiri yang merupakan racun atau toksin yang telah lama terpendam dan terbeban di dalam organ hati.

  • Air sahaja yang mampu menyusun bunyi (gema) dalam badan manusia. Oleh itu air biasa telah dirawat semula menghasilkan air ion hidrogen dan oksigen bersifat alkali dengan kekuatan penyahtoksid hingga ke tahap plasma, mengaktifkan pengoksidaan dengan mengurai bahan kimia atau toksid dalam tubuh yang banyak terperangkap pada memori kulit. Air yang diaktifkan dengan ion hidrogen-oksigen bersifat stabil dan diketahui berupa radiasi spektrum cahaya dengan kuantum energi diskrit dengan osilasi partikel bermuatan dalam suatu medan magnet yang disebut proton. Air yang mengandungi ion hidrogen dan oksigen juga berfungsi mensterilkan kuman pada suhu air sejuk. Kelebihan menggunakan air yang telah dirawat dengan ion hidrogen dan oksigen adalah lebih efektif untuk proses penyahtoksid yang terpendam di dalam tubuh yang menjadi punca kepada berbagai gejala penyakit. Selain memiliki elektrolit cas-cas negatif serta tinggi kadar oksigen. Maka sangat tepat jika rawatan menggunakan kuasa air (hidrigen) lebih praktikal dalam menyusun semula tahap-tahap energi secara lebih harmoni pada seluruh tubuh.

  • Garam kasar/Natrium chlorida dengan kombinasi ais akan mengaktifkan kekuatan kepada energi tulang. Kombinasi gabungan garam menjadikan bahan antara yang lebih berionik. Garam dapat dilihat berbentuk kristal akan membiaskan cahaya menjadi ultra violet secara semula jadi yang akan memusnahkan gelombang-gelombang infra red. Merangsang proses pemanasan darah secara langsung membantu memanaskan tubuh di dalam air dan menambahkan oksigen dalam darah. Mencairkan darah yang beku. Mempercepatkan proses tindakbalas ke dalam tubuh melalui aliran darah hingga ke tahap tulang sum-sum dalam mandian ½ jam. Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air semasa proses rawatan berlangsung. Mengeluarkan gas dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam aliran darah. Memecahkan gula yang terperangkap di dalam aliran darah. Garam juga berfungsi sebagai pengalir atau elektrolit cas-cas negatif yang cekap di dalam air. Garam yang bertindakbalas dengan air akan lebih menstabilkan suhu tubuh (Homeostasis). Garam juga sebagai pembasmi kuman, bakteria dan meneutralkan air yang tinggi kandungan klorin.

  • HydroNatrium (NaHCO3) akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan dalam air rendaman seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya. Ia turut bertindak sebagai pemangkin pada tindakbalas oksidasi air yang lebih berkesan untuk meneutralkan kulit. Kesannya dapat dilihat pada air rendaman mengikut tahap dan klasifikasi penyakit yang dihidapi.

  • Kapur/slaked lime/calcium hydroxide bersifat panas dan bertindak mempercepatkan ais menjadi cair. Disamping meningkatkan suhu di dalam darah. Membina semula kekuatan jisim tulang dan merendahkan suhu di dalam tulang. Tulang dan kapur satu kombinasi yang sama adalah rahsia kapur. Tulang yang sihat akan merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Gabungan kapur dan garam akan berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam tubuh. Tulang yang sihat berada dalam keadaan suhu yang rendah dan suhu darah lebih tinggi dari suhu tulang.

  • Sulfur sebagai bahan detoks untuk meneutralkan toksid atau racun-racun berbisa di dalam tubuh, seperti bisa-bisa yang terpendam di dalam hati atau hempedu dan kesannya dapat dilihat tindakbalas air rendaman rawatan bertukar menjadi kuning. Sulfur turut bertindak sebagai bahan mengurai dan merangsang kerja-kerja enzim pada sistem penghadaman.

  • Tea-tree oil berfungsi sebagai anti-septic untuk melemahkan kuman.


Reaksi redoks


















Reaksi redoks terjadi apabila kekotoran yang terdapat pada kulit, gejala ini berlaku terutamanya pada pesakit yang jarang mandi. Kulit yang mengandungi kotoran arang dan sulfur yang secara semulajadi terdapat pada di lapisan kulit. Pada kebiasaanya kekotoran seperti itu juga boleh dijumpai pada najis kelawar. Peranan rawatan TRE dengan adanya campuran kapur menjadikan pesakit yang mendapatkan rawatan TRE memperolehi kristal KNO3 yang berbentuk seperti jarum dalam tab mandian semasa rawatan berlangsung.

Hasil reaksi tidak memeranjatkan jika terjadi suatu bunyi letupan kecil yang menandakan telah berlakunya proses transfer elektron dari satu atom ke satu atom yang lain. Maka reaksi itu di sebut Reaksi Redoks – oksidasi atom atau singkatannya Redoks. Teori perpindahan elekton teroksidasi boleh dilihat dalam contoh lain seperti menimbulnya karat dengan tar basah atau korosir oksigen sendiri tidak perlu terlibat. Oksigen bererti transfer eletron ke atom manapun. Keadaan oksidasi suatu unsur dalam rawatan TRE yang lebih murni adalah NO2.

Di antara berbagai peristiwa dan pengalaman menakjubkan semasa terapi rendaman energy Penyakit bertukar bentuk melalui kesan pembongkaran terapi ini :
  • Pemeluapan
  • Gas lengai dan karbon dioksida
  • Air berubah warna
  • Berlaku letupan kuat
  • Reaksi yang spontan dan aneh oleh pesakit seperti ketar dan menjerit
  • Air berbuih
  • Air bertukar menjadi cepat jernih
  • Air rendaman menjadi hanyir / busuk
  • Air rendaman menjadi keruh/berkeladak / hitam
  • Ais menjadi cair terlalu cepat
  • Ais tidak cair dalam jangka masa yang begitu lama
  • Badan terasa ringan seperti terapung
  • Keluar bau hanyir dari kulit
  • Terasa hendak buang air kecil dan air besar kerana intraksi otak memberi isyarat pembuangan begitu cepat berlaku
  • Muntah dan sendawa
  • Nafas berbau
  • Air menjadi panas luar biasa / haba / berbahang
  • Keluar wasap dari tubuh dan banyak lagi

Segala reaksi ini adalah tindak balas interaksi kimia dan unsur-unsur atom semula jadi di dalam tubuh telah menjalankan fungsi dan aktiviti secara semulajadi. Dan reaksi ini adalah tanda positif cara bagaimana tubuh mengeluarkan keracunan secara neutral. Pengalaman ini sebagai reaksi sementara dan keadaan ini akan reda seperti biasa. Pesakit tidak perlu merasa bimbang sebaliknya harus bersyukur kerana sel-sel tubuh kembali menjadi aktif

Sekiranya reaksi di atas tidak dialami oleh pesakit yang menghadapi penyakit di tahap kronik akan lambat mengalami perubahan tenaga ke arah penyembuhan. Manakala bagi sebarang reaksi ini tidak akan dialami oleh mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan dan bebas daripada sebarang keracunan.

Akupuntur

Apa itu AKUPUNTUR??


Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas. 

Jarum-jarum halus ini dapat mengeluarkan Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit. 

Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.

Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.

Walaubagaimanapun dengan kecanggihan teknologi sekarang, akupuntur boleh dijalankan tanpa menggunakan walau sebatang jarum sekalipun. Ia di namakan sebaga Electro Acupunkture. Pusat Terapi AMH kini menyediakan perkhidmatan tersebut yang dilakukan oleh Terapis Terlatih.

Perubatan Energy

Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.



Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Energy
tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.

Pusat Terapi AMH menyediakan perkhidmatan Perubatan Energy dan dijalankan oleh Pengamal bertauliah. Perubatan Energy ternyata membantu ramai pesakit mendapat kelegaan dari penyakit yang dialami mereka.
  • Ini adalah testimoni pesakit saya.
  • Masalah : Kandungan songsang, doktor rancang untuk caesar, pesakit ni G2P1, kandungan dulu pun ceasar.
  • Rawatan : V16 dan MKD
  • Setelah mengambil 2 botol V16, kedudukan baby kembali normal dalam masa 3 hari, ini dibuktikan melalui ujian ultasound, tetapi kepala baby masih belum 'engage', pembedahan tidak jadi dilakukan, temu janji baru dibuat, doktor kemudian cadangkan untuk induce kerana pesakit ingin bersalin normal, doktor khuatir baby besar dan sukarkan bersalin, sekali lagi V16 diambil sebagai 'selusuh' untuk mudahkan bersalin disamping MKD.
  • Alhamdulillah, dengan izin Allah pesakit ini berjaya bersalin normal walaupun ada pengalaman dibedah pada kandungan pertama.
  • 1358857916357.jpgtestimoni.jpg

Bekam

BEKAM sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi’liyah berkenaan amalan berbekam ini dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.
Bekam merupakan terjemahan dari perkataan Hijamah yang berasal dari perkataan al-Hajmu, yang bermaksud pekerjaan membekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut. Maka istilah Hijamah atau berekam dapat diertikan sebagai satu tindakan penghisapan (penyedutan) darah dengan alat yang menyerupai tabung serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan proses penyedutan yang kemudiannya ditampung dalam gelas.
.

SEJARAH BEKAM
_________________________________________________________________________________

Bekam sudah bermula sejak zaman Nabi Musa a.s. lagi, namun sejarah bertulis mengenai bekam yang paling awal dicatatkan adalah di dalam buku Ebers Papirus, salah sebuah buku sejarah tertua di dunia. Ia menyatakan bahawa amalan bekam telah bermula sejak 1500 Tahun Sebelum Masihi lagi, dalam kalangan rakyat Mesir ketika itu.
Bekam di Eropah dan Timur Tengah berkembang dari pengamalan Perubatan Humoral, iaitu sistem perubatan Yunani Kuno yang berkonsep mengembalikan keseimbangan badan melalui empat cecair utama dalam tubuh iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Sistem ini sangat berkembang dalam kebudayaan Eropah dan Timur Tengah ketika itu.
Menurut perubatan tradisional Cina, bekam ialah kaedah pelaksanaan acupressure dengan mencipta keadaan vakum pada kulit pesakit. Terapi ini digunakan untuk menghilangkan stagnasi pada darah dan sistem limfa sehingga meningkatkan aliran qi untuk mengubati penyakit-penyakit pernafasan seperti radang paru-paru, pneumonia dan bronkitis. Bekam juga dilakukan pada punggung, leher, bahu dan keadaan-keadaan musculoskeletal yang lain.
.

KAEDAH/ METHOD
_________________________________________________________________________________________________________________

Prosedur bekam lazimnya melibatkan usaha mencipta satu kawasan kecil udara bertekanan rendah pada kulit. Namun harini, sudah terdapat banyak cara dan alatan untuk mencapai tujuan tersebut.
Cawan/ bekas yang hendak digunakan boleh terdiri dalam sebarang bentuk, termasuk bentuk loceng, dan dalam sebarang saiz antara 1 inci sehingga 3 inci. Plastik dan kaca adalah bahan yang paling lazim digunakan hari ini, menggantikan tanduk, tembikar, gangsa dan buluh yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.
Tekanan udara rendah yang diperlukan dapat dibentuk dengan memanaskan cawan atau udara di dalamnya dengan api terbuka, kemudian menempatkan cawan tersebut pada kulit. Walaubagaimanapun, hari ini telah terdapat pam sedutan mekanikal, yang bertindak melalui injap yang terletak di bahagian atas cawan.

Pusat Terapi AMH menyediakan perkhidmatan Bekam untuk lelaki dan wanita oleh Jurubekam bertauliah dan di tempat yang selesa dan bersih.