Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Di
atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes
yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang
bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.
Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?
Oleh
kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji
kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya
unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah
tersebut.
Bahan-bahan
tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat,
mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi
saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur
itu berada di dalam darah.
Buih-buih
atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia
boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh
ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah.
Hanya
satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh
manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu
kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan tidak
berjisim (berbentuk gas).
The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds." (Book #33, Hadith #251)
Dari observation saya,
berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang
mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah
bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi
juga pada orang yang terdekat dengannya.
Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.
Jika
inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah
gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan
ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.
Yang
penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh
badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail
dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang
Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini.
Beliau
telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan
juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku
beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.
Menurut
beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama
urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan
merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia
menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu,
banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.
Darah
di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi
banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di
permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak
semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya.
Namun
demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan
menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi
kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara
sunnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan