Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Selasa, 28 Januari 2014

Penyakit Gout



Gout terjadi apabila urik asid membentuk kristal (crystallize) atau penghabluran urik asid. Urik asid ini biasanya terkumpul di kawasan yang tidak lancar bergerakan darah. Biasanya di tapak kaki. Apabila kristal ini terbentuk, maka kaki akan rasa sakit menyucuk apabila memijak lantai.

Antara faktornya ialah :
1. Makanan
2.Merokok
3. Glucagon
4. Tekanan Perasaan/stress

Rawatan Gout

Gout biasanya dapat diatasi dengan mudah melalui kaedah rawatan Terapi Perubatan Energy melalui kaedah seperti berikut;
1. Merawat dengan formula V15 - Rawatan Pankreas (sekiranya peringkat awal).
2. Merawat dengan formula V20 - Rawatan Tulang (sekiranya peringkat kronik).
3. Rawatan Hidrotherapi Ais - rawatan memecah dan mengurai urik asid dan merawat gout.
Mengamalkan makan timun boleh membantu menguraikan urik asid yang amat degil dan sebati dengan kapilari darah yang sangat halus dan tidak lancar pergerakan darahnya.

Mengamalkan makan minyak kelapa dara membantu menyeimbangkan kadar keasidan dan kealkalian di dalam darah. Oleh itu, pembentukan urik asid tidak mudah berlaku malah ia mudah diuraikan menjadi tenaga dan menguranakan bebanan di bahagian organ pankreas dan hati.

Semua rawatan diatas boleh didapat di Pusat Terapi AMH

Masalah Sakit kepala


Berikut jenis-jenis sakit atau pening kepala, anda yang mana?


1. Pening kepala jika cuaca panas berkaitan dengan kelemahan di bahagian Thalamus (V3). Selain itu ianya juga berkaitan dengan sistem usus( V19)

2. Tetapi jika tertekan, ia berkaitan dengan Serebelum / Pusat Kawalan Suhu (V7).
Pemakanan yang berasid adalah salah satu punca kelemahannya.

3. Di kepala ada beberapa tempat yang boleh sakit. Jika tekan ubun-ubun rasa "angin" atau sedap, itu lemah semangat (V1).

4. Jika bawah sikit dari ubun-ubun itu kelam kabut atau pelupa atau gangguan hormon keseluruhan(V2).

5. Jika sakit di kiri atau kanan dahi itu migrain (V3).

6. Jika berat kepala itu hipothalamus (V4).

7. JIka sakit dahi terutama ketika sujud itu sinus atau nigrain (V6 / V5).

8. Jika belakang kepala dan rasa gegar itu V7 (tekanan darah tinggi, suhu badan panas - perhatikan mulut, gigi, gusi, lidah atau bibir kering atau sakit).

9. Jika sakit dibelakang tengkuk diikuti dengan lenguh dibahu termasuk sendi lengan, ia menunjukkan medulla oblongata (V8) lemah. Selain stress, kelemahan medulla menunjukkan penghadaman terganggu, kerisauan, rasa nak pitam, rasa goyang / tak stabil, terlalu banyak kerja dan sebagainya [mana-mana salah satu atau beberapa antaranya].

Dapatkan diagnosa dan rawatan di Pusat Terapi AMH..

Isnin, 27 Januari 2014

Antara Bekam Sunnah dan Logik Sains Medik - Perbezaan Antara Bekam dan Menderma Darah

Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW













Di atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.

Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?

Oleh kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah tersebut.   

Bahan-bahan tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat, mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur itu berada di dalam darah. 

Buih-buih atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah. 

Hanya satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan  tidak berjisim (berbentuk gas).

The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds."  (Book #33, Hadith #251)
Dari observation saya, berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang terdekat dengannya. 

Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.

Jika inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.

Yang penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini. 

Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.

Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.

Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya. 

Namun demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara sunnah.  

Rabu, 22 Januari 2014

Turun berat badan dengan Garam Energy





Cik Zaida telah menggunakan formula Perubatan Energy sejak 3 tahun yang lalu.
Antara formula yang digunakannya ialah Garam Energy.

Antara kesan positif yang Cik Zaida perolehi ialah
  1. Badan rasa lebih bertenaga
  2. Kurang minat lagi untuk minum air manis
  3. Berat badan turun

Ketumbuhan dalam rahim


Puan Hasimah, 45 tahun mengidap masalah fibroid dan cyst sejak beberapa tahun yang lalu, antara simptom yang dihadapinya ialah pendarahan dan sakit pada bahagian peranakan.
Masaalah beliau bertambah teruk dengan bacaan saiz cyst ialah 8x8cm
Beliau telah mencuba pelbagai kaedah termasuk tradisonal, namun tidak berjaya.
Doktor di hospital mencadangkan prosedur TAHBSO dijalankan iaitu satu prosedur membuang rahim dan ovari keseluruhannya,  jika ini dilakukan pesakit perlu mengambil terapi hormon pula.
Puan Hasimah kemudian mendapatkan rawatan terapi Energy dari Pusat Terapi AMH.
Berdasarkan simptom-simptom yang dialami dan tahap kronik pesakit, Terapis Fyrol Ikram memberi beberapa formula iaitu
V16, v17, v14, Aroma Point Zero dan Habgarlic.
Setelah mengambil formula-formula tersebut pesakit tersebut mendapat kesan positif iaitu
1. pendarahan berhenti, 
2. Badan bertenaga,
3. Tidak lagi kerap tidur
4. Mampu melakukan kerja-kerja rumah.