Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar
pakar negara barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan
keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar
pemakanan harian mereka.
MKD
Buah kelapa sebagai sumber asas membuat MKD
Pakar pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan
yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelabagai
kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik
begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik.
Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau
kanser. Sebab itulah MKD mempunyai banyak khasiat untuk manusia.
Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan MKD?
MKD adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba
atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya.
Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu
memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada
keudaratan apabila manusia memakannya.
Pengambilan MKD secara berterusan dan konsisten dapat
membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.
Antara khasiat MKD:
Khasiat MKD untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya
ialah:
1. Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi
tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.
2. Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang
kronik.
3. Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan
tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
4. Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan
pembesaran prostate.
5. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi
tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
6. Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan
kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.
Kebaikkan MKD dalam hubungan suami isteri
1. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
(elastic).
2. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak
sebagai agen pelincir alami (natural).
3. Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada
kemaluan (keputihan).
4. Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
Kebaikan dan khasiat MKD untuk kesihatan dalaman.
1.Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
2.Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan
asid amino.
3.Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam
darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
4.Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim
dalam tubuh.
5.Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang
dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
6.Mencegah risiko sakit jantung.
7.MKD juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta
membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Kebaikan dan khasiat MKD untuk kecantikan luaran.
1.Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan
angka metabolik.
2.Menghasilkan tenaga dengan segera.
2.Jika di sapu MKD akan membantu membentuk hambatan kimia
pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
3.Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
4.Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada
kulit.
5.Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet
Kebaikan MKD sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.
MKD juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang
menyebabkan :
Mononucleosis
Influenza
Hepatitis C
Cacar air
Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
Pneumonia
Sakit telinga
Infeksi kerongkong
Gigi berlubang
Keracunan makanan
Infeksi saluran kencing
Meningitis
Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
Candida
Jock itch
Kadas dan infeksi lain
Membunuh cacing pita
Lice
Giardia
Parasit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan