Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Isnin, 25 November 2013

Bekam wajah naikkan seri



SEBANYAK empat hingga 10 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor.


BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.
Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.
Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, perkhidmatan bekam wajah ditawarkan di spa itu sejak enam tahun lalu.
“Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.
“Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,” ujarnya.
Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.

MINYAK gamat digunakan selepas proses bekam wajah berakhir bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


“Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.
“Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.
“Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan,” jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Penyembuh
Ujarnya, rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.
“Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.
“Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.

KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari.


“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala,” katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.
Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.
Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 22, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.
“Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.
“Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.
“Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari,” ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.
Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.
“Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.
“Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini,” kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Sabtu, 9 November 2013

HabGarlic - Pemakanan Sunnah Terbaik




HabGarlic Plus merupakan produk yang sangat hebat seumpamanya dipasaran!

Gabungan hebat Habbatussauda yang disyorkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Garlic yang mempunyai kelebihan meningkatkan sistem antibodi.

Kelebihan HabGarlic Plus:

i. Asas tenaga merangsang penghasilan akar umbi tenaga tubuh melalui kelenjar pineal.

ii. Merangsang sistem limfatik meningkatkan sistem antibodi.

iii. Mengawal perjalanan darah dengan memperbetulkan perjalanan haid, meningkatkan oksigen dalam darah dan membaiki platlet.

iv. Membantu merawat bisa-bisa tulang, sendi dan saraf.

v. Baik untuk suami isteri dengan meningkatkan keghairahan dan tenaga dalaman.

vi. Bangun pagi dengan lebih bertenaga, sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dengan menggunakan tenaga fizikal.

vii. Membantu mengelakan penyakit kanser.

viii. Membantu merawat penyakit gout dan angin pirai.

ix. Membantu mencuci kolon dan meningkatkan sistem penghadaman dengan meningkatkan kemapuan jus gaster dan jus pankreas.

x. Membantu menjaga penglihatan dalam jangka masa panjang.

xi. Membantu meningkatkan daya fikir.

xii. Kesan yang sangat cepat..Rasainya sendiri dengan hanya dua kapsul.


xiii.Tidak ada kesan sampingan!

MKD satu pencerahan







Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.

MKD

Buah kelapa sebagai sumber asas membuat MKD

Pakar pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelabagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Sebab itulah MKD mempunyai banyak khasiat untuk manusia.

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan MKD?

MKD adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada keudaratan apabila manusia memakannya.

Pengambilan MKD secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.

Antara khasiat MKD:
Khasiat MKD untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya ialah:

1. Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.

2. Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronik.

3. Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.

4. Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.

5. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.

6. Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.

Kebaikkan MKD dalam hubungan suami isteri

1. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).

2. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).

3. Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).

4. Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

Kebaikan dan khasiat MKD untuk kesihatan dalaman.

1.Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.

2.Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino.

3.Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.

4.Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh.

5.Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.

6.Mencegah risiko sakit jantung.

7.MKD juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Kebaikan dan khasiat MKD untuk kecantikan luaran.

1.Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.

2.Menghasilkan tenaga dengan segera.

2.Jika di sapu MKD akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.

3.Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.

4.Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.

5.Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

Kebaikan MKD sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.

MKD juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :

Mononucleosis
Influenza
Hepatitis C
Cacar air
Herpes.

Membunuh bakteria yang menyebabkan:

Pneumonia
Sakit telinga
Infeksi kerongkong
Gigi berlubang
Keracunan makanan
Infeksi saluran kencing
Meningitis
Gonorrhea.

Membunuh kulat yang menyebabkan:



Candida
Jock itch
Kadas dan infeksi lain
Membunuh cacing pita
Lice
Giardia
Parasit.

APA ITU RESDUNG?

Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut!!!



APA ITU RESDUNG?



Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.



RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!






Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH SINUS ?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.


Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid

APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus


Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :


* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

Penjagaan Diri

• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.

• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.(jika anda mengambil ubat hospital)
• Anda boleh mengambil ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan. 

Bekam Perubatan Nabi

BERBEKAM KELUARKAN ANGIN, AIR DAN DARAH KOTOR SAHAJA 1CUP = RM5.00

1 CUP = RM5.00
-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.
-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan   memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.
-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.
-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.

TARIKH AFDAL BERBEKAM

DALIL/HADIS BERBEKAM PADA TANGGAL 17/19/21hb KALENDAR ISLAM

Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”

Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dalam riwayat Ibnu Ma'ud menyatakan... Masa malam Nabi Muhammad s.a.w di isra' kan oleh Allah s.w.t, sekumpulan para malaikat membekam dirinya..dan dikatakan disitu " wahai Muhammad suruhlah umat mu berbekam..kerana sebaik-baiknya rawatan adalah berbekam"
2. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....

4. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

5. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

6. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

7. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Rawatan Resdung Intensif


Intensif rawatan resdung, bekam estetika & Akupuntur


1. Muka pesakit diwapkan untuk membuka liang roma
2. Akupuntur dengan pen Electro Akupuntur pada titik resdung.
3. Bekam estetika, bagi mengeluarkan darah kotor dan toksin
4. Formula Energy untuk meningkatkan antibodi dan sistem imumniti kelenjar.