Jenis Amalan
|
Jenis Modaliti
|
Keterangan
|
|
Perubatan Komplementari (Perubatan Tenaga)
Dua jenis medan tenaga:
·
Sahih, yang boleh diukur
·
Anggapan, yang tidak dapat diukur
|
Terapi Getaran Warna
|
Terapi getaran warna menggunakan
konsep aromaterapi sebagai nutrien untuk otak / minda. Aromaterapi –
dikenali 'Nutrisi Penting' akan memberi ketenangan kepada mereka yang
menyedutnya. Mawar putih adalah unsur yang paling penting dalam minyak
getaran aroma.
|
|
Perawatan Kristal
|
Perawatan kristal ialah penggunaan kristal untuk penyembuhan dan perubahan positif pada minda dan badan.
|
|
|
Reiki
|
Kepercayaan bahawa tenaga akan
mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan diletakkan di atas, atau
berhampiran dengan penerima, yang berpakaian.
|
|
|
Aurametafizik
|
Gabungan tiga jenis ilmu iaitu
Aura, Meta, dan Fizik. Aura adalah tenaga gelombang atau frekuensi
bioelectromagnetic manakala meta adalah sesuatu yang merentasi jangkaan
dan fizik bermaksud asli atau semulajadi. Oleh itu, gabungan ini boleh
ditakrifkan sebagai falsafah atau pengetahuan undang-undang alam yang
luar biasa atau tidak dijangka yang wujud dalam kehidupan kita.
|
|
|
Roaha
|
Terapi untuk mengoptimumkan pengoksigenan sel dengan air beralkali melalui detoksifikasi dan meningkatkan keimunan badan.
|
|
|
Bach Flower
|
Modaliti
ini mengembalikan keseimbangan antara minda dan jasad dengan
menghilangkan emosi negatif seperti perasaan takut, kebimbangan,
kebencian dan ketidaktegasan yang mengganggu keseimbangan seseorang
secara menyeluruh.
Remedi ini mengembalikan keamanan dan kebahagiaan kepada penghidap supaya badan dapat sembuh dengan sendirinya.
|
|
|
Fitobiofizik
|
Penggunaan tenaga daripada bunga
dan tumbuh-tumbuhan untuk mengharmonikan dan mengimbangi gangguan
kemanusiaan pada semua peringkat kesedaran: Spiritual, Mental, Emosi dan
Fizikal.
|
Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah
Perkhidmatan disini ialah :
1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.
Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!
Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor
Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.
03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal
AMH
Ahad, 16 Mac 2014
Perubatan Tenaga Energy Medicine
Jumaat, 14 Februari 2014
Promosi Bekam setiap bulan
Assalammualaikum semua, setiap bulan iaitu pada tarikh 17, 19& 21hb hijrah kami menawarkan potongan 15% untuk prosedur bekam.
Rabu, 12 Februari 2014
Pergerakan Ke Kanan
Setiap yang bertenaga akan melakukan pergerakan. Tenaga bergerak mengikut hukum. Hukum asas setiap pegerakan adalah bergerak ke kanan. Semua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil didapati melakukan pergerakan ke kanan. Lakukan apa saja dengan memulakan arah ke kanan. Mulakan sesuatu perbuatan dengan sebelah kanan.
Tenaga tidak terhapus tetapi berubah bentuk, dialirkan dan dipindahkan. Begitulah sifat tenaga yang menyamai tenaga hayat semulajadi manusia sebenarnya begerak arah ke kanan yang tidak akan terhapus. Tetapi menggunakan tenaga yang sudah dipindahkan umpama memakai batu cincin atau berbagai jenis tangkal yang tidak diketahui asal-usul tenaganya adalah patut dielakkan kerana tenaga yang berada oada sandaran itu adalah pergerakan ke kiri yang merendahkan sipemakainya.
Asas Hukum Tenaga Yang Telah Diprktikkan Sejak Terciptanya Alam Dan Kelahiran Manusia
Tenaga kimia daripada tumbuhan, manusia dan haiwan melakukan kerja dan gerakan hukum ke kanan. Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.
Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintesis adalah juga menggunakan prinsip hukum ke kanan iaitu dari konsep luaran ke dalam.
Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas. Begitulah semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.

Kekuatan tangan kanan tiada bandingan dengan tangan kiri.
Pergerakan ikut jam sebenarnya bergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh menggagalkan setiap cetusan ilham. Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu.
Secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekelian menusia juga ditulis dari kanan ke kiri.
Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkah kaki kiri.
Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak.

Pergerakan tawaf di kaabah adalah pergerakn dari kanan ke kiri.
Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri.
Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.
Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.
Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.
Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.
Pergerakan ovom juga bergerak ke kanan.
Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik begerak di dalam wayar atau fiber optik berada dalam kitaran ke kanan.
Pantulan semula gelombang ke kanan menghasilkan warna.

Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot elektron mendapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
Matahari dan bulan bergerak mengilingi bumi mengarah ke kanan.
Atom yang dianggap sebagai satu sistem suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan elektron beredar atau melakukan pergerakan mengikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke akan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya menggambarkan seluruh tubuh manusia).
Putaran puting beliung dan juga putaran air dan juga amat laju ke
kanan.
kanan.
Pergerakan radar dan inframerah dapat mengesan pergerakan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin puting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.

Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.

Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.
Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang tidak dikehendaki iaitu pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan.

Imej DNA yang ditunjukkan di dalam warna jelas menunjukkan ia adalah konsep tenaga yang pasti mengikut hukum ke kanan.
Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pegerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan dan balik semula ke kiri.
Pemain cakera padat yang menggunakan konsep cahaya dan warna sehingga terhasilnya bunyi juga bergerak ke kanan.
Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.
| KEBENARAN | mengatasi | KESILAPAN |
| KELAJUAN | mengatasi | KELEWATAN |
| KEMUDAHAN | mengatasi | KEJUTAN |
| KESTABILAN | mengatasi | KUCAR-KACIR |
| KEKUATAN | mengatasi | KELEMAHAN |
| KEUNTUNGAN | mengatasi | KERUGIAN |
| KEJAYAAN | mengatasi | KEGAGALAN |
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif RTE untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Selasa, 11 Februari 2014
Konsep Formula RTE (Perubatan Energy)

Semua formula yang dihasilkan oleh RTE tidak diklasifikasikan sebagai ubat. Formula RTE telah
dipertenagakan dengan konsep kelajuan cahaya dan gertaran bunyi yang dihantar
kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzin dan berbagai
jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang mengalami kepincangan.
Ia bukanlah penawar kerana penawar semulajadi sebenarnya
telah ada di dalam diri individu itu sendiri di dalam hati.RTE dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjana (menyeimbangkan)
semula kerja asas sel melalui aktiviti output dengan menggunakan segala bentuk
bebanan keracunan untuk ditukar menjadi tenaga sebagai keperluan asas sel
(penawar semulajadi yang bertindak sebagai antidot). RTE memegang teguh prinsip bahawa setiap racun itu adalah penawar. RTE cukup yakin bahawa sel-sel asas tubuh perlu dikembalikan semula getaran
bunyi yang menjadi asas kepada keperluan tenaga hayat semulajadi sehingga ke
dasar nukleusnya.
RTE menolak konsep taksub kepada bahawa
ubat yang dicipta itulah yang menjadi penyebab kepada penyembuhan. Ini akan
menimbulkan riak dan taksub kepada seseorang atau individu yang merawat.
Kefahaman seumpama ini boleh mendatangkan kelemahan kesucian akidah kepada
kepercayaan bahawa Allah lah yang menyembuhkan.
Formula RTE paling natural serta bebas
100% dari bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindak balas
kimia atau keracunan.
Tidak menggunakan bahan-bahan daripada binatang atau sumber
hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif sering menimbulkan kesan
sampingan yang amat berat. Ini membuatkan RTE mengubah
cara dengan meniru frekuensinya sahaja bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya
dan geratan bunyi dalam tubuh manusia. Menggunakan bahan daripada binatang
tidak akan terlepas daripada pengaruh karektor bawaan haiwan tersebut.
Ia bergetar atas frekuensi warna yang tertentu untuk
membentuk keseimbangan secara serta merta pada bahagian-bahagian yang sakit
(tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh.
RTE dengan teknologi memerangkap,
meniru dan merakam pelbagai getaran gelombang seperti bunga-bungaan, kristal,
buah-buahan dan segala jenis rempah ratus, dirakan dengan 7 jenis minyak pati
aroma (essential oil) yang dikenali sebagai Formula Aromatherapy POINT ZERO berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui
pelbagai bentuk getaran dengan frekuesi tertentu.
RTE dengan teknologi memerangkap tenaga
dengan konsep keseimbangan menggunakan tenaga yang kecil, tetap dan konsisten
sehingga sukar diukur dengan kelajuan di bawah daripada 6 Hertz dalam bentuk
tenaga yang amat semulajadi.
Tenaga sesuatu organ dipindahkan dan dirakamkan ke dalam
larutan laktosa, sukrosa dan munyak pati bunga. Larutan ini mempunyai potensi
skala sentesimol yang amat kecil dan ada kalanya ia tidak dapat dinilai
frekuensinya kerana amat laju.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan
alternatif RTE untuk merawat sebarang jenis penyakit
termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh
yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi
saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Rahsia Garam Energy untuk Slimming
![]() |
| Garam Energy RM 25 |
Lemak terjadi apabila kekurangan mineral untuk mensintesiskan karbobidrat menjadi tenaga. Kehadiran garam membentu mengasingkan karbihidrat daripada hidrogen (daripada air) untuk membentuk tenaga.
Apabila garam bertindak kepada
lemak, karbohidrat dan air akan terpisah dan hasilnya tubuh akan berstamina
(bertenaga) dan perpeluhan akan berlaku dengan lebih banyak.
Untuk mengelakkan pembentukan lemak terjadi dengan banyak, elakkan minum air selepas makan. Jarakkan waktu selepas makan untuk kira-kira lebih daripada 30 minit atau apabila perut sudah tidak kembung lagi.
Mereka yang makan dengan banyak tanpa henti atau selagi tidak penuh perut ialah mereka yang tidak mendapat nikmat kelazatan makanan. Sepatutnya seseorang yang mendapat nikmat kelazatan makanan akan berhenti makan apabila sebelum kenyang. Nikmat kelazatan ialah isyarat daripada otak yang menunjukkan sistem penghadaman telah mendapat nutrient yang mencukupi. Mereka yang makan tanpa ada rasa ingin berhenti sebelum kenyang menunjukkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrient dengan baik. Akibatnya toksik mudah terbentuk dan boleh tersimpan sebagai lemak. Untuk mengelakkan rasa tidak kenyang semasa makan, amalkan menjilat secubit garam sebelum makan. Formula Garam Energy boleh digunakan untuk diambil sebelum makan dengan cara dilarutkan ke dalam setengah cawan air sejuk.
Apabila seseorang kerap membuang air besar, fiber akan meninggalkan banyak asid dan air untuk membentuk asid lemak. Apabila seseorang itu kerap bekerja secara fizikal dan berstamina, mereka akan banyak menyingkirkan asid melalui proses pembuangan air besar. Penyingkiran asid ini berlaku kerana ia terlah cukup terkumpul dalam sesuatu tempoh waktu yang panjang. Oleh itu asid lemak tidak terbentuk.
Tanda berat badan semakin meningkat atau menurun boleh dilihat melalui kekerapan membuang air besar. Secara logik akal tentu ada anggapan yang menyatakan kekerapan membuang air besar menunjukkan seseorang itu mudah kurus. Hakikat sebenarnya, tanda berat badan menurun ialah semakin kurang membuang air besar atau keadaan seperti sembelit. Mereka yang sembelit atau jarang membuang air besar ialah mereka yang merosot berat badannya.
Untuk lebih jelas berikut ialah persamaan kekerapan membuang air besar dengan pertambahan atau pengurangan berat badan;
Sembelit / Jarang buang air besar = berat badan bekurang / kurus
Cirit birit / kerap membuang air besar = berat badan meningkat / kekemukan
Makanan berbentuk fiber yang didakwa untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan melalui cara meningkatkan kekerapan pembuangan air besar sebenarnya akan lebih menambahkan lagi berat badan dalam tempoh jangka panjang disamping meninggalkan kesan sampingan pembentukan urik asid.
Satu-satunya cara yang paling pantas dan mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan Garam Energy. Formula ini bersifat kecenderungan alkali yang menghalang pembentukan asid lemak. Nutrient yang diambil dalam bentuk makanan akan diuraikan sepenuhnya melalui perantaraan garam untuk menjadi zat, keberkatan, membina sel, pemangkin kepada kemakmuran dan kekayaan, insya Allah.
Kekerapan membuang air besar tidak sama keadaan dengan kekerapan membuang air kecil. Kerap membuang air kecil atau melebihi tiga kali sehari menunjukkan masalah pada organ buah pinggang, saluran kencing seperti uretra, pundi kencing, prostat dan uterus. Membuang air kecil dua kali sehari adalah normal.
Membuang air besar tidak boleh secara paksa, tetapi perlu mengikut mood atau benar-benar rasa ingin membuangnya. Ketika itu pula tidak boleh diteran atau melalui paksaan. Ia mesti lancar dan tidak menyebabkan kesakitan. Mengamalkan fiber lembut seperti timun akan membantu kelancaran dan megelakkan kesakitan. Elakkan mengambil makanan berkoko untuk mengelakkan sembelit atau pemanasan otot usus.
Untuk mengelakkan pembentukan lemak terjadi dengan banyak, elakkan minum air selepas makan. Jarakkan waktu selepas makan untuk kira-kira lebih daripada 30 minit atau apabila perut sudah tidak kembung lagi.
Mereka yang makan dengan banyak tanpa henti atau selagi tidak penuh perut ialah mereka yang tidak mendapat nikmat kelazatan makanan. Sepatutnya seseorang yang mendapat nikmat kelazatan makanan akan berhenti makan apabila sebelum kenyang. Nikmat kelazatan ialah isyarat daripada otak yang menunjukkan sistem penghadaman telah mendapat nutrient yang mencukupi. Mereka yang makan tanpa ada rasa ingin berhenti sebelum kenyang menunjukkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrient dengan baik. Akibatnya toksik mudah terbentuk dan boleh tersimpan sebagai lemak. Untuk mengelakkan rasa tidak kenyang semasa makan, amalkan menjilat secubit garam sebelum makan. Formula Garam Energy boleh digunakan untuk diambil sebelum makan dengan cara dilarutkan ke dalam setengah cawan air sejuk.
Apabila seseorang kerap membuang air besar, fiber akan meninggalkan banyak asid dan air untuk membentuk asid lemak. Apabila seseorang itu kerap bekerja secara fizikal dan berstamina, mereka akan banyak menyingkirkan asid melalui proses pembuangan air besar. Penyingkiran asid ini berlaku kerana ia terlah cukup terkumpul dalam sesuatu tempoh waktu yang panjang. Oleh itu asid lemak tidak terbentuk.
Tanda berat badan semakin meningkat atau menurun boleh dilihat melalui kekerapan membuang air besar. Secara logik akal tentu ada anggapan yang menyatakan kekerapan membuang air besar menunjukkan seseorang itu mudah kurus. Hakikat sebenarnya, tanda berat badan menurun ialah semakin kurang membuang air besar atau keadaan seperti sembelit. Mereka yang sembelit atau jarang membuang air besar ialah mereka yang merosot berat badannya.
Untuk lebih jelas berikut ialah persamaan kekerapan membuang air besar dengan pertambahan atau pengurangan berat badan;
Sembelit / Jarang buang air besar = berat badan bekurang / kurus
Cirit birit / kerap membuang air besar = berat badan meningkat / kekemukan
Makanan berbentuk fiber yang didakwa untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan melalui cara meningkatkan kekerapan pembuangan air besar sebenarnya akan lebih menambahkan lagi berat badan dalam tempoh jangka panjang disamping meninggalkan kesan sampingan pembentukan urik asid.
Satu-satunya cara yang paling pantas dan mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan Garam Energy. Formula ini bersifat kecenderungan alkali yang menghalang pembentukan asid lemak. Nutrient yang diambil dalam bentuk makanan akan diuraikan sepenuhnya melalui perantaraan garam untuk menjadi zat, keberkatan, membina sel, pemangkin kepada kemakmuran dan kekayaan, insya Allah.
Kekerapan membuang air besar tidak sama keadaan dengan kekerapan membuang air kecil. Kerap membuang air kecil atau melebihi tiga kali sehari menunjukkan masalah pada organ buah pinggang, saluran kencing seperti uretra, pundi kencing, prostat dan uterus. Membuang air kecil dua kali sehari adalah normal.
Membuang air besar tidak boleh secara paksa, tetapi perlu mengikut mood atau benar-benar rasa ingin membuangnya. Ketika itu pula tidak boleh diteran atau melalui paksaan. Ia mesti lancar dan tidak menyebabkan kesakitan. Mengamalkan fiber lembut seperti timun akan membantu kelancaran dan megelakkan kesakitan. Elakkan mengambil makanan berkoko untuk mengelakkan sembelit atau pemanasan otot usus.
Ringkasan Fungsi Formula VITTO 9
Formula khas untuk mempertenagakan
kawasan tengkuk yang meliputi tyroid, saluran esofagus atau kelenjar liur yang
mendatangkan simptom tertentu antaranya beguk (goiter) dan sebagainya.
Berikut ialah ringkasan daripada formula VITTO 9
FORMULA
|
VITTO 9
|
NAMA FORMULA
|
VOICE BLUE
|
WARNA
|
BIRU
|
FREQUENSI
|
490 nanometer
|
WAKTU RESONAN
|
Subuh hingga syuruk
(6.00 pagi hingga 7.00 pagi) |
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT
|
Peramah
|
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT
|
Pendiam
|
KAWASAN
|
|
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
|
|
KETERANGAN FORMULA
|
|
Sekiranya anda ada sebarang
pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif RTE untuk masalah
simptom kawasan kelenjar tyroid, saluran esofagus, kelenjar air liur, gusi
berdarah, tulang cervical atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi;
Isnin, 10 Februari 2014
Ringkasan Fungsi Formula VITTO 8
Otak yang mengawal ketenangan ialah Medulla Oblongata. Ia bukan sekadar mengawal keseimbangan badan, tetapi turut mengawal keseimbangan keseluruhan aktiviti dan tugasan kita seharian. Kehebatan Medulla Oblongata apabila fungsinya dioptimumkan ialah keupayaannya untuk menangani beberapa tugasan dalam masa yang serentak. Kelemahan bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah stress atau tertekan, mudah runsing atau sekurang-kurangnya mengalami masalah sakit belakang tengkuk.
Kesemua tisu sel dan saraf otak di bahagian ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar VITTO 8. Kesakitan di belakang tengkuk yang sangat berkaitan dengan kelemahan yang melibatkan bahagian VITTO 8
Gambar di bawah menunjukkan kedudukan kawasan VITTO 8
Kawasan otak yang berkaitan diliputi oleh VITTO 8 ialah Medulla Oblongata. Selain itu kawasan saraf tulang belakang yang berkaitan ialah Cervical C2, C3 dan C7
Kawasan VITTO 8 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan kelapangan dan ketenangan. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang mudah tertekan, stress dan mudah runsing serta keliru dalam membuat keputusan atau berhadapan dengan sesuatu keadaan.
Kawasan VITTO 8 turut melibatkan beberapa fungsi fizikal biologi tubuh iaitu mengawal tindakan luar kawal dalam aktiviti pernafasan, gerakan jantung dan peredaran darah. Pada tahap yang optimum ia berkeupayaan untuk mengawal imbangan badan, kemahiran mengenal objek dengan lebih tajam, membezakan warna, mengenal perbezaan tekanan udara, mengesan tahap kederiaan (tahap bau, tahap cahaya, tahap bunyi, tahap sentuhan, tahap kesakitan). Mereka yang dikurniakan basirah dan kasyaf (Khawriqul ‘adah atau kelebihan spiritual yang dikurniakan oleh Allah kepada golongan tertentu) berkeupayaan menyedari keupayaan fungsi optimum ini.
Formula VITTO 8 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai Medulla Oblongata dan dan saraf kawasan Cervical. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.
Antara Fungsi Utama VITTO 8
- Mengawal dan menstabilkan tekanan darah rendah
- Meredakan kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
- Memberikan rasa tenang dan tenteram
- Meredakan rasa berdebar / gugup / kebimbangan
- Meredakan panik / serba tidak kena
- Memulihkan kerasukan
- Meredakan kebas / berpeluh / loya / menggeletar
- Memulihkan rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam
VITTO 8 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut
- Gangguan mental atau schizophrenia akibat terlalu tertekan.
- Rasa mudah muntah atau mabuk menaiki kenderaan.
- Ibu mengandung yang kerap muntah.
- Rasa gayat dengan ketinggian.
- Mabuk atau loya melihat tumpahan darah (luka besar).
- Telinga berdengung apabila menaiki bukit dengan laju atau dalam pesawat.
Keterangan lanjut penggunaan formula VITTO 8;
1. Tahap urik asid yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan atau stress apabila melakukan lebih daripada satu tugasan. Misalnya menyapu sampah, membasuh pinggan dan membasuh kain, mereka yang optimum fungsi VITTO 8 boleh melakukan tugasan tersebut dengan mudah tetapi mereka yang lemah VITTO 8 akan kelam kabut atau tidak sempurna tugas tersebut atau akan mengalami sakit dibelakang tengkuk apabila melakukan tugas tersebut. Di samping merawat dengan VITTO 8, mengamalkan diet yang kurang urik asid dan melebihkan makanan yang beralkali dapat mengelakkan kelemahan pada bahagian VITTO 8.
2. Masalah resah gelisah, serba tidak kena atau biasanya dikenali sebagai anxiety yang melibatkan gerakan jantung yang pantas, berpeluh, loya dan sebagainya insyaAllah amat mudah diatasi dengan rawatan VITTO 8. Dalam keadaan tertentu, jika ia berpunca daripada kelemahan sistem thyroid (VITTO 9) atau jantung (VITTO 11), VITTO8 berkeupayaan untuk memberikan kelegaan.
3. Rasa sakit belakang tengkuk akibat salah bantal ialah masalah sebenar pada VITTO 8.
4. Seseorang yang mengalami tekanan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian seperti sedang diugut, diancam atau memegang tanggungjawab yang besar, akan mengalami masalah sakit belakang tengkuk atau VITTO 8 sekiranya kawasan ini lemah.
5. Melakukan sesuatu perkara atau tugas atau pekerjaan kerana terpaksa akan menyebabkan VITTO 8 sangat tertekan dan boleh menjadi lemah dengan mudah. Kekuatan keikhlasan akan mengatasi masalah ini. Namun tenaga keikhlasan bergantung kepada tahap kekuatan VITTO 8 seseorang.
6. Rasa keliru ketika sedang belajar adalah akibat masalah terlebih protein yang dikawal oleh otak Medulla Oblongata. Rasa loya ketika sedang membaca adalah tanda tubuh sedang cuba mengatasi kekeliruan. Ia boleh dipulihkan dengan menguatkan semula kawasan VITTO 8 supaya minda boleh mentafsirkan sesuatu ilmu secara matang dan mudah difahami.
7. Kanak-kanak yang kerap dibiarkan menangis atau meronta untuk meminta sesuatu akan mudah tertekan. Akibatnya mereka mudah lemah pada VITTO 8 yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan mental seperti sukar memahami sesuatu atau mudah terkeliru.
Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula VITTO 8
| Nama Formula | VITAMIN TO (VITTO 8) |
|---|---|
| Warna | Indigo |
| Frekuensi | 472 nanometer |
| Psikologi Ketika Sihat | Damai Tenteram |
| Psikologi Ketika Sakit | Tertekan Keliru |
| Kawasan/Organ | Medulla Oblongata Saraf Cervical C2, C3 dan C7 |
| Tanda/Simptom | Tekanan darah rendah Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati Memberikan rasa tenang dan tenteram Berdebar / gugup / kebimbangan Panik / serba tidak kena Memulihkan kerasukan Kebas / berpeluh / loya / menggeletar Rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam |
Langgan:
Catatan (Atom)

