Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Rabu, 23 Oktober 2013

TITIK BEKAM DIABETES (KENCING MANIS)


Titik Bekam Diabetes (Kencing Manis) – Dalam dunia perubatan, penyakit diabetes atau kencing manis tidak boleh disembuhkan, atau hanya boleh di pertahankan agar tidak kritikal. Sedangkan ada hadits yang menyatakan ”Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.”(Abu Daud dan At-Tirmidzi). Jadi kalau ada doktor memberitahu bahawa diabetes tidak boleh disembuhkan, ianya adalah suatu kebodohan atau ketidaktahuan sahaja. Saya sendiri, yang terjun ke dunia perubatan Islam mencuba mengumpulkan data-data orang yang sembuh dari diabetes “tanpa minum ubat”. Dan alhamdulillah saya menemui 5 orang.

Ada seorang penerbit buku, yang mengindap diabates, gula darah (glukosa) 500 mg/dl, beliau menyatakan telah sembuh hanya dengan bekam. Jadi dia pernah bekam badannya sendiri, tanpa mengetahui titik bekam untuk diabetes, kini diabetes nya telah normal, mungkin yang menjadi beza adalah cuma dia agak sering haus saja. Jadi “dimanakah titik bekam untuk diabetes ?”. Disini akan saya share titik-titik bekam diabetes yang umum dipakai, saya ambil dari rujukan beberapa doktor aktivis bekam. sebenarnya perubatan diabetes dengan bekam adalah pertama sekali anda harus meyakini bahawa diabetes boleh sembuh tanpa menggunakan ubat, cukup hanya dengan terapi bekam, jintan hitam(habbatussauda`) dan semangat jiwa, bersukan, menjaga makan, tidak konsumsi gula putih atau gula pasir, ini sangat membantu. Ada pesakit saya yang gula darahnya 350 mg/dl, 1x terapi bekam, minum jintan hitam, olah raga, menjaga makan, 2 minggu setelah terapi bekam, gula darahnya menjadi 126 mg/dl. sangat cepat bukan?

Titik-Titik Bekam untuk Diabetes :

1. Titik Kepala (Ummu Mughits) adalah titik 2/3 bagian kepala dari depan. Menurut Dr. Al Jufrie bahwa titik bekam kepala ini akan memperbaiki sel pankreas yang rosak. Kerana kebiasaannya pesakit diabetes mempunyai ganguan tidak boleh menghasilkan insulinnya sendiri, insulin ialah hormon yang dapat menukarkan glukosa menjadi tenaga. Untuk bekam kepala, kebanyakannya rambut mesti dipotong dan dicukur, maka bertahun-tahun saya berusaha membuat “alat bekam kepala tanpa cukur” dan akhirnya saya temukan mesin bekam, mesin vacum bekam. Alat ini cocok untuk membekam kepala, kaki dan area sulit. Alat ini dilengkapi dengan pengukur tekanan udara sedutan, sehingga tekanan sedutan boleh disesuaikan. Berikut gambar titik bekam diabates kepala :



2. Titik Bekam Kahil (pundak), Katifain (kiri-kanan pundak) dan Ginjal (ad Dohru). Fungsi nya adalah membuang toksin atau darah rosak yang ada disekitar organ tersebut. Contohnya pada daerah tengkuk (Titik Kaahil) banyak sel darah yang berbentuk ganjil seperti Hypochromasia, Burr, Target, Crenated, Spherocytes, Poikilocytes, Shistocytes, Teardropcelles, dan Acanthocytes. Titik bekam sunnah Nabi(s.a.w) adalah yang terbaik, kerana disitu terletaknya tempat pertemuan aliran darah. Jadi banyak darah yang dapat dikeluarkan. Ini merupakan gambar titik bekam untuk diabetes di bahagian belakang abdomen :



3. Titik belakang lutut, bawah lutut atau atas lutut. Titik ini adalah titik sunnah Nabi(s.a.w) juga. Kadar gula tinggi biasanya menyerang daerah kaki, maka titik ini mewakili titik pengambilan darah kotor di kaki. Titik kaki ini adalah titik yang berpotensi berlakunya penyumbatan pada pesakit diabetes. Berikut gambar titik bekam untuk diabetes bagian kaki :



Demikianlah posting tentang “titik-titik bekam untuk diabetes”. Selain terapi bekam, pesakit sebaiknya diberi herba yang berwarna hitam (kaya zink). Fungsi mineral zink adalah untuk membaiki sel pankreas. Untuk mempermudahkan bekam diabetes, baik proses bekam kepala, atau kaki sebaiknya mengunakan mesin bekam iaitu mesin vacum bekam (bekam kepala tanpa potong rambut) agar proses bekam menjadi lebih mudah. Sumber : http://www.alatbekam.net/

Khamis, 10 Oktober 2013

Ringkasan Fungsi Formula VITTO 1


Terdapat satu kelenjar yang sangat kecil di dalam kepala yang terletak di pangkal hulu saraf tunjang yang dinamakan kelenjar Pineal. Bahagian ini masih misteri di dalam dunia keilmuan biologi. Tetapi dalam keilmuan quantum biofizik, Pineal telah banyak dihuraikan dan banyak manfaat dapat diperolehi apabila frekuensi tenaganya dapat dikesan dan masalah yang diberkaitan dengan fungsi Pineal dapat dirawat.
Kedudukan Kelenjar Pineal
Kedudukan Kelenjar Pineal
Formula VITTO 1 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Pineal. Kelenjar Pineal yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah boleh potensi fungsinya boleh dipertingkatkan.

VITTO 1
Antara fungsi utama VITTO 1;
  1. Meningkatkan sistem immune (ketahanan badan)
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Memulihkan kesan trouma
  4. Memulihkan semangat
  5. Meningkatkan keyakinan
  6. Memberikan tenaga keseimbangan untuk lelaki
VITTO 1 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;
  1. Aktif berlebihan
  2. Keletihan yang berpanjangan
  3. Kejutan kemalangan
  4. Luka dan mengawal jangkitan / virus
  5. Hilang keceriaan
  6. Lembap dalam pergerakan
  7. Malas
  8. Mudah terperanjat
  9. Delusi dan halusinasi
  10. Bersangka negatif dan terlalu merandah diri
  11. Skizophrenia
  12. Koma / tidak sedarkan diri
  13. Kelesuan yang menyeluruh
Keterangan lanjut penggunaan formula VITTO 1;
  1. Pasangan dengan VITTO 20 iaitu Sistem Tulang dan Sistem Saraf. Kelenjar Pineal terbina daripada sel saraf yang turut memerlukan kekuatan sel saraf daripada rawatan formula VITTO 20.
  2. Pasangan dengan VITTO 19 jika mengalami masalah usus kronik seperti kanser usus.
  3. Pasangan dengan VITTO18 jika mengalami masalah sistem darah dan otot kronik seperti kanser darah dan leukimia.
  4. VITTO 1 perlu diambil pada waktu malam. Frequensi yang dihasil oleh warna atmosfera akan menyamai dengan VITTO 1 pada waktu tengah malam di antara waktu Isyak ke waktu Subuh yang dianggarkan berlaku pada pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.
  5. Pengambilan VITTO 1 penting diambil sebagai formula pertama dalam rawatan masalah kronik kerana ia membantu menguatkan saraf agar penyerapan tenaga daripada formula-formula yang lain menjadi lebih berkesan.
  6. Formula VITTO 1 boleh dijadikan sebagai salah satu kid bantuan kesemasan untuk dibawa ke mana-mana.
Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula VITTO 1

Jadual Ringkasan VITTO 1

Nama Formula
VITTO
(V 1)
WarnaPutih / Sinar
FrequensiBawah 1 nanometer menghampiri 0
Waktu Resonan2 jam selepas Isyak hingga selama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
Psikologi Ketika SihatAktif, mood baik, semangat
Psikologi Ketika SakitMuram, angau, tiada mood
KawasanUbun-ubun kepala
Kelenjar Pineal
Tanda / SimptomHiperaktif
Keletihan
Kejutan kemalangan
Terhentak / terhantuk
Terjatuh / terhempas
Trouma terhadap peristiwa
Luka
Semangat
Keyakinan
Hilang keceriaan
Lembab pergerakan
Malas
Mudah terperanjat
Tenaga batin lelaki
Delusi
Halunisasi
Koma / pengsan
Kelesuan

Perkhidmatan Pencucian dan Penjagaan Luka



Perkhidmatan mencuci luka ditempat kami atau rumah anda. Hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji. Bayaran berdasarkan jenis luka dan jenis solution yang digunakan.

Perkhidmatan Memandi kan Pesakit Terlantar di Rumah


Perkhidmatan memandikan pesakit terlantar dirumah anda. RM 60 untuk sekali sesi. Hubungi kami untuk tempahan.

MASALAH SAKIT PINGGANG /SAKIT BELAKANG





Ramai masyarakat di kalangan kita menghadapi masalah sakit pinggang belakang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .



Kaedah merawat sakit belakang

1. Pembetulan Tulang Belakang - Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.
2. Akupunktur - Rawatan akupunktur mampu merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal.

3. Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul ('Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan. 


 


Cara-cara mengelak dari sakit belakang
 

a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot.
b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. tapi tidak di galakkan pada para wanita yang mengandung.
c. Tidur di permukaan/tilam yang rata - tidur di atas lantai yang rata, tilam yang sesuai kerana tilam memainkan peranan penting ketika kita tidur. tilam yang baik akan memberi sokongan lekuk pada tulang belakang. 

d. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
e. Duduk di tempat yag rata - kerusi juga perlu diambil kira. kusyen yang mudah melengkung amat tidak digalakkan. Jika duduk, bagian pinggang hendaklah dialas dengan bantal kecik, begitu juga jika anda menaiki kenderaan.
f. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
g. Angkat barang - Jika anda hedak mengangkat barang, hendaklah mengcangkung, angkat sambil menegakkan pinggang, Jangan tundukkan separuh badan terus mengangkat barang kerana ini membuatkan pinggang anda rasa pedih atau kejang.
h. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

Perkhidmatan Penukaran Ryles Tube, CBD (saluran kencing)




Perkhidmatan menukar Catheter Bladde Drainage (CBD) dan Ryles Tube. Boleh dilakukan dipremis kami atau rumah anda. Hubungi kami untuk temujanji anda.

Rabu, 9 Oktober 2013

Terapi kaki

Refleksologi

Teknik Urutan Refleksologi

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan . SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.
Penyelia Pusat Terapi Reborn di Sunway Pyramid 2, Karen Lee, berkata teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

“Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Karen berkata, apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.


“Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing,” katanya.Beliau berkata, bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.


“Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.“Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

FAKTA: Kelebihan refleksologi
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.