Menawarkan satu kaedah perubatan semulajadi berasaskan amalan 7 S - Sunnah, Semulajadi, Selamat, Suci, Solat,Sejahtera,& Sedeqah



Perkhidmatan disini ialah :

1. Perubatan Energy (Aromatherapi, Hidrotherapi)
2. Homeopati
3. Acupunture,
4. Bekam,
5. Nursing Care & Wound Care,
6. Kiropraktik
7. Berkhatan.

Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!


Pusat Terapi AMH
No 31, Jalan PPAJ 2/6
Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, Selangor

Cawangan
Pusat Terapi AMH
Paya Jaras
Kedai Pasar Malam
Jalan Kuala Selangor.
Sungai Buloh. Selangor.

03-60391318
013 388 2726 Ikram
013 643 7033 Syefura
013-211 8380 Hyecal

AMH

AMH

Jumaat, 5 Disember 2014

Arahan Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.


1. Mulut hendaklah bersih dari sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopathy.
2. Jangan menyentuh ubat homeopathy dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.
3. Ubat homeopathy amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang-kurangnya 1 jam.
4. Hisap atau kemam ubat homeopathy hingga cair di mulut.
5. Ubat homeopathy tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.
6. Bagi penyakit yang kronik atau idapan yang telah lama hendaklah mengamalkan ubat homeopathy secara berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan Dr Ikram.

Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.



Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. 

Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?


Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). 
 
Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

Khamis, 4 Disember 2014

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?




Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit.
 
 Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. 
 
Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?



Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain.
 
 Melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang.
 
 Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.

Apakah Perubatan Homeopati?



Homeopati adalah suatu sistem perubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. 

Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. 

Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. 

Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga

Ahad, 16 November 2014

Rawatan Baby songsang dalam kandungan




Kedudukan Bayi Dalam Kandungan






Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Oleh :Fyrol Ikram Othman
Kedudukan bayi dalam kandungan biasanya mula diambil kira apabila kandungan mencapai usia 28 minggu. Ini kerana sebelum usia 28 minggu biasanya bayi masih bebas bergerak dan berpusing.




Pada usia 28 minggu, kedudukan bayi seharusnya pada kedudukan cephalic (kepala bawah), dan sebaik-baiknya kedudukan bayi ialah terlentang.
Ini boleh dikenal pasti melalui kaedah ultrabunyi ataupun melalui pemeriksaan vigina dengan merasa kepala bayi. Sama ada merasa belakang kepala bayi ( vault of skull) atau juga dikenali sebagai occipital atau merasa bahagian dahi iaitu frontal.
Jika kedudukan bayi tidak pada kedudukan cephalic, proses kelahiran adalah sukar dan kadang-kadang tidak boleh dilahirkan secara normal dan memerlukan pembedahan LSCS. Kedudukan yang dimaksudkan ialah songsang(breech), melintang(tranvers) dan oblique cephalic dan breech.



Terdapat beberapa kaedah untuk mengembalikan semula kedudukan bayi ke kedudukan asal. Kaedah paling lazim ialah dengan mengurut. Dalam dunia serba moden dengan kurangnya usaha mewarisi kaedah silam dalam seni urutan melayu khususnya dalam urutan perbidanan, amatlah sukar untuk menjumpai tukang urut yang benar-benar mahir dan berkebolehan.
Selain itu kaedah mengurut juga agak merbahaya kerana kita tidak nampak apa yang berlaku dalam kandungan, dikuatiri dengan mengurut bayi dalam kandungan akan menyebabakan leher terbelit tali pusat kerana urutan boleh ditafsirkan juga sebagai menggerakan bayi secara paksa.


Kaedah RTE

RTE menggunakan kaedah tenaga. Kaedah ini adalah selamat dan berkesan. Tenaga yang berlebihan tidak akan mengganggu bayi, sebaliknya dialirkan keluar. Tenaga ini dimasukan melalui kaedah gelombang kedalam sukros. Sukros adalah medium terbaik untuk membawa tenaga, tidak toksik dan tidak membahayakan.
RTE mengesyorkan formula V2 dan V16. V2 akan merangsang kelenjar pituitary iaitu kelenjar yang sangat berkait rapat dengan penghasilan hormone kewanitaan dan reproduktif. Manakala V16 membantu merangsang bagi membetulkan segala yang tidak normal berkaitan system reproduktif wanita(ovary&Uterus).




Oleh itu kedudukan bayi yang tidak betul(songsang dan sebagainya) akan diperbetulkan oleh dinding rahim melalui ransangan yang dihasilkan oleh kelenjar pitutari, ovary dan uterus itu sendiri kembali kepada system yang normal.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t



Ini adalah testimoni pesakit saya.
Masalah : Kandungan songsang, doktor rancang untuk caesar, pesakit ni G2P1, kandungan dulu pun ceasar.
Rawatan : V16 dan MKD
Setelah mengambil 2 botol V16, kedudukan baby kembali normal dalam masa 3 hari, ini dibuktikan melalui ujian ultasound, tetapi kepala baby masih belum 'engage', pembedahan tidak jadi dilakukan, temu janji baru dibuat, doktor kemudian cadangkan untuk induce kerana pesakit ingin bersalin normal, doktor khuatir baby besar dan sukarkan bersalin, sekali lagi V16 diambil sebagai 'selusuh' untuk mudahkan bersalin disamping MKD.
Alhamdulillah, dengan izin Allah pesakit ini berjaya bersalin normal walaupun ada pengalaman dibedah pada kandungan pertama.







Ini adalah kes k3 tiga berturut-turut yang diizinkan Allah berjaya dibantu dengan formula perubatan Energy.